Dalam artikel kali ini admin nak berkongsi pulak pasal tips dan trik penjagaan skrin laptop korang. siapa yang tak sayang pada laptop kann. itulah jadi tempat untuk memudahkan kerja kita seharian.
Admin nak tanya sikit..ada tak pembaca kat sini yang mesti pernah tukar skrin laptop anda? sekurang - kurang nya sekali? mesti adakannn. haa, ada sesetengah daripada pengguna laptop ini hanya tahu menggunakan sahaja tapi tak ambil kisah lansung pasal kebersihan dan penjagaan laptop mereka.
Disini admin nak sharekan sikit kisah benar yang terjadi di kedai repair laptop ampang. admin pernah menerima satu kes dimana laptop tersebut rosak skrinnya dan perlu ditukar. apabila admin tengok keadaan laptop itu, admin dapat lihat laptop tersebut dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak dijaga dengan sempurna.
Jangan begitu tuan puan, kita perlu jaga laptop kita macam kita jaga kereta kita juga. kena cuci, bersihkan sampah semua kan.Cuba tuan puan bayangkan, kita biarkan laptop itu tak terurus terlalu lama, dibiarkan habuk tebal dan tak terjaga. tiba - tiba skrin tu rosak. salah siapa?.
sebab tu lah sebagai pengguna yang bijak, janganlah kita pandang remeh perkara ini, nanti kita juga yang rugi kan.
Jadi harini jom admin sharekan tips macam mana kita nak jaga laptop kita. sebenarnya penjagaan ni tidak lah susah dan sekejap je.
Macam mana caranya ? jom tengok.
TIPS DAN TRIK PENJAGAAN SKRIN LAPTOP
1) Elakkan benda tajam/keras/tumpul.
perkara ini terpaling penting. elakkan laptop anda berada berdekatan dengan benda yang tajam atau tumpul seperti pen / pisau / batu.
skrin laptop sangat sensitive dan mudak rosak / pecah / retak sekiranya bersentuhan dengan barang - barang diatas. seeloknya jauhkan.
2) Menindih Laptop
Jangan meletakkan barang - barang berat diatas laptop anda apabila laptop dalam keadaan berlipat. lapisan antara casing laptop dengan skrin adalah sangat nipis. sekiranya barang tersebut terlalu berat skrin laptop anda mungkin akan retak / rosak.
3) Elakkan cecair / Air manis
senang cerita jangan sesekali makan atau minum berdekatan dengan laptop anda. laptop akan rosak bila atas kecuaian kita juga bila makanan atau air tumpah dekat laptop anda. ini kerana komponen dalam laptop sangat sensitive pada cecair kimia dan air.
Cara menjaga / membersihkan skrin laptop
Bagi membersihkan laptop anda , tidak digalakkan sekiranya mengunakan tisu atau kertas.
Kain lap yang kasar juga turut akan meninggalkan lagi kesan lebih teruk sehingga boleh mencalarkan screen laptop.
Oleh itu, gunakan kain microfiber yang sesuai untuk menghapuskan/membersihkan segala kotoran habuk yang ada pada screen.

Kain lap yang kasar juga turut akan meninggalkan lagi kesan lebih teruk sehingga boleh mencalarkan screen laptop.
Oleh itu, gunakan kain microfiber yang sesuai untuk menghapuskan/membersihkan segala kotoran habuk yang ada pada screen.
Pastikan laptop dalam keadaan tertutup/off sebelum memulakan pembersihan. jika tidak, mungkin akan menyebabkan short circut sehingga merosakkan komponen dalam laptop.
2) Gunakan kain microfiber (microfiber cloth)
* Jangan rendamkan kain dalam air kerana kain yang terlalu basah boleh meninggalkan titisan pada skrin
* Jangan terus membasahkan screen kerana semburan air terus pada screen laptop akan meningkatkan peluang air masuk ke dalam laptop sehingga merosakkan komponen yang lainnya.
* Jangan sekali-kali gosok screen anda dengan menggunakan berus gigi, kertas tisu, kertas tandas atau kain lain untuk membersihkan screen.
itulah perkongsian admin berkenaan tips dan trik penjagaan skrin laptop anda. jadi lah pengguna yang bijak dan prihatin. jika kita mengabaikan perkara yang remeh ini kita juga yang susah nanti.
-->>Nak diagnos laptop secara percuma?
-->> Tercari-cari kedai Repair Laptop Ampang?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03 - 4816 6107 - Zakwan (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
No comments:
Post a Comment