Tuesday, February 22, 2022

TIPS PENJAGAAN ADAPTER CHARGER LAPTOP | REPAIR LAPTOP AMPANG

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog kedai repair laptop ampang yakni ok computer solution kuala lumpur.


Dalam artikel yang lepas, banyak tips -tips mengenai laptop yang telah admin share kan kepada korang semua kann. dan selepas ni banyak lagi tips tips yang akan dikongsikan pada masa akan datang tauu.


Pada harini admin nak share kan tips macam mana nak jaga adapter charger korang tu.



haa korang mesti ingat spare part laptop je yang kena jaga betul2 kannn?? adapter charger pon kena jaga juga tau. banyak kes yang admin dapat , cable adpater putus lah , cooper bahagian dalam terdedah lah, adapter dah x boleh cas lah dan macam macam lagi tau.






1. PAKAI CHARGER ASAL

tips yang pertama sekali dan yang paling penting adalah, anda WAJIB guna kan charger yang didatangkan sekali, khusus untuk laptop anda, jangan memandai mandai nak tukar ke charger yang lain tau. jika charger original anda rosak, anda disarankan untuk cari charger ganti yang sama brand, wattage dan outputnya. serta lubang charging yang sama juga.

2. JANGAN CHARGE TERLALU LAMA

tips yang kedua, 
Jangan cas laptop anda terlalu lama.Ini boleh menyebabkan adapter terlalu panas. Sekiranya, adapter terlalu panas ia akan merosakan adapter tersebut dan lagi teruk laptop anda juga akan terkena tempias. JANGAN SESEKALI letakan adapter  di permukaan yang memerangkap haba seperti tilam,sofa dan jenis berkain.



3. SIMPAN DENGAN BAIK


tips yang ketiga pula adalah, setelah selesai mengunakan adapter tersebut , simpan lah ia dengan baik. gulung charger tersebut dalam gulungan yang longgar dan tidak terlalu ketat. jangan gantung charger pada bucu meja atau pada penyangkut tepi meja, ini akan menyebabkan dressing pada cable adapter rosak dan mendedahkan cooper di dalam, sangat bahaya jika terkena pada kulit.




setakat itu sahaja perkongsian admin pada kali ini, banyak lagi tips dan triks yang admin akan kongsikan pada masa akan datang. stay tuned!!



-->>Nak diagnos secara percuma?


-->> Tercari-cari kedai Repair laptop Ampang?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03- 4816 6107 - zakwan (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Friday, February 18, 2022

[SOLVED] MASALAH HINGE LENOVO G485 | REPAIR LAPTOP AMPANG

Kedai repair laptop ampang bantu menyelesaikan masalah hinge laptop lenovo g485


hai semua!!! apa khabar kepada pembaca setia blog kami? semoga hari anda baik-baik sahaja .

Pada artikel kali ini admin nak kongsikan mengenai hinge / engsel laptop yang patah/pecah. Pernah tak laptop terjatuh? atau laptop anda dah pakai berapa lama?. 

Anda ada ke masalah masa nak buka laptop casing pada bahagian keyboard terangkat atau pada bahagian display tercabut?. mesti ada kann. contohnya macam gambar dibawah.



Baru-baru ini , ada seorang pelanggan datang ke kedai repair laptop ampang kerana masalah hinge lenovo G485. 



Lepas technician kami check dan diagnose masalah hinge lenovo G485 ini, technician kami dapati pemegang hinge pada casing bahagian bawah telah patah/reput. ini menyebabkan hinge tidak dapat berfungsi dengan sempurna.



admin mencadangkan kepada pelanggan supaya menukarkan casing lama kepada casing yang baru. masalah hinge begini memang masalah yang sangat biasa kami dapati. selalunya laptop lama yang datang dengan masalah ini.

sebab admin mencadangkan untuk menukarkan casing adalah kerana jika technician modify sahaja casing yang lama, ia mungkin akan elok untuk masa yang sekejap sahaja. jika kami tukar dengan casing yang baharu, masalah hinge lenovo G485 akan dapat diselesaikan seluruhnya. pelanggan kami juga bersetuju.



selepas menukarkan casing kepada yang baru, laptop tersebut tidak lagi mempunyai masalah untuk dibuka dan ditutup. laptop tersebut seperti baharu. pelanggan juga sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang kedai repair laptop ampang tawarkan.






di kedai repair laptop ampang kami juga menyediakan khidmat:
  • Tukar skrin Laptop
  • Jual charger Laptop
  • Ganti keyboard Laptop
  • Servis Laptop
  • Tukar bateri Laptop
Dan banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk anda. hubungi kami sekarang!!!


-- Anda ada masalah hinge patah??


-->>Nak diagnos secara percuma?


-->> Tercari-cari kedai Repair laptop Ampang?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 - zakwan (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)



Thursday, February 17, 2022

LAPTOP TERKENA MASALAH WATER DAMAGED | REPAIR LAPTOP AMPANG

Selamat tengahari kepada pembaca setia blog OK COMPUTER SOLUTION KUALA LUMPUR.

Harini admin nak bercerita sikit dengan anda semua tentang kes yang kami dapat baru-baru ini, iaitu kes laptop terkena masalah water damage.


Sejak akhir -akhir ini, admin kerap terima kes laptop terkena masalah water damage ni tau. kebanyakkan pengguna laptop terutamanya dikalangan remaja atau pelajar gemar minum atau makan sambil menggunakan laptop.

 Walaupun dah pesan beribu kali JANGAN JANGAN DAN JANGAN MAKAN ATAU MINUM BERHAMPIRAN LAPTOP, masih juga degil. bak kata netizen masa kini , "Larangan adalah satu perintah" haha. itulah kita rakyat malaysia,lagi dilarang lagi gatal tangan nak buat kann.



ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION3

 Bila dah terkena batang hidung dan laptop tak boleh dihidupkan, barulah menyesal tak sudah. Nak hantar repair pun mahal tak mampu tambahan pulak yang masih belajar sedangkan diri sendiri yang cari cari penyakit. Mahu atau tidak kena tanggung juga masalah itu sendiri dengan rela hati.

 

bila dah kena air apa jadi pada laptop anda? jom tengok scenario yang admin share kat bawah.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION4

Bila laptop terkena/tersimbah/tertumpah air, konfirm ada je benda yang akan rosak terutamanya peranti/komponen yang terdapat di dalam laptop.


Antara kerosakkan yang jadi pada laptop:


  • Akan berlakunya shorting pada bahagian yang terkena air, lagi parah kalau masa air tumpah tu laptop tengah on.

  • Terjadinya hakisan atau karatan pada komponen laptop.

  • letupan kecil pada power supply yang menyebabkan komponen terbakar/hangus.

APA YANG ROSAK JIKA AIR TUMPAH PADA LAPTOP PULAK??

1. Keyboard

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 5

Apabila kita tengah buat kerja tiba-tiba terlanggar gelas kat sebelah, air pulak tumpah atas keyboard. dah jem kan.

Bila air dah tumpah diatas keyboard, cepat - cepat lap,pastikan air tidak masuk/mengalir ke dalam celah-celah keyboard. kalau tidak, ia mungkin akan merosakkan komponen yang berada di dalam laptop.

Keyboard adalah aksesori laptop yang paling terdedah untuk air masuk sebab pada setiap sisi keyboard ada rongga yang buatkan air  mudah masuk ke dalam komponen.


2. Hard Disk


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 6

Hardisk merupakan komponen yang paling penting bagi sebuah laptop. Jika hardisk basah terkena air, dah konfirm ia akan rosak dengan mudah sebab  hardisklah komponen yang paling sensitif dengan air dan hentakkan. 

Ada kemungkinan juga data di dalam hardisk tidak dapat di selamatkan tau.


3. Motherboard

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 7

komponen yang paling mudah untuk rosak adalah motherboard, boleh jadi lagi parah kalau short circuit berlaku ketika anda sedang menggunakan laptop tersebut. 

 Bila motherboard rosak, nak menyesal pun tak guna lagi. 


so itu admin bercerita tentang apa yang jadi pada laptop anda jika laptop terkena masalah waterdamaged. sekarang apa pulak nak buat lepas tertumpah air pada laptop? jom scroll ke bawah.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 8




1. Jika laptop terkena air semasa laptop sedang dihidupkan, anda kena terus cabut semua power cable yang tercucuk dekat laptop, dan segera off laptop tersebut agar masalah short circuit dapat dielakkan.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 10


Jika laptop terkena air hujan atau banjir , jangan sesekali cuba untuk hidupkan laptop konon nak tengok ianya masih berfungsi atau tidak. JANGAN OKAY!. tunggu sehingga dia kering atau bawa ke kedai servis komputer berdekatan. biar pakar yang checkkan untuk anda.


2. Nak lagi selamat cabut bateri bagi laptop yang boleh dicabut sendiri, jika bateri laptop anda belah didalam tidak mengapa boleh biarkan sahaja dan hantar ke kedai servis komputer berdekatan.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION11


3. Gunakan kain lembut atau pembersih vakuum dengan penyedut kecil untuk menyedut cecair terutama pada lubang power jack, usb port dan lain-lain.

Terbalikkan Laptop dengan kedudukan keyboard berada di bawah serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air.

 ini adalah langkah awal untuk keringkan laptop kesayangan anda.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION13

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 14


4. Setelah betul - betul sure laptop dah kering, boleh on macam biasa, Jika boleh dihidupkan dan boleh digunakan seperti biasa, itu bermakna laptop anda masih selamat.

Akan tetapi, jika sebaliknya segera dapatkan bantuan daripada kedai servis komputer yang dipercayai.

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION18


itu lah sahaja yang admin nak share kan pada hari, jadi pengajaran kat sini adalah elakkan dari makan atau minum berdekatan dengan laptop anda, bak kata orang dolu - dolu, sediakan payung sebelum hujan, lebih baik mencegah dari merawat betul tak??


-->>Nak diagnos secara percuma?


-->> Tercari-cari kedai Repair laptop Ampang?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03- 4816 6107 - zakwan (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...