Tuesday, February 22, 2022

TIPS PENJAGAAN ADAPTER CHARGER LAPTOP | REPAIR LAPTOP AMPANG

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog kedai repair laptop ampang yakni ok computer solution kuala lumpur.


Dalam artikel yang lepas, banyak tips -tips mengenai laptop yang telah admin share kan kepada korang semua kann. dan selepas ni banyak lagi tips tips yang akan dikongsikan pada masa akan datang tauu.


Pada harini admin nak share kan tips macam mana nak jaga adapter charger korang tu.



haa korang mesti ingat spare part laptop je yang kena jaga betul2 kannn?? adapter charger pon kena jaga juga tau. banyak kes yang admin dapat , cable adpater putus lah , cooper bahagian dalam terdedah lah, adapter dah x boleh cas lah dan macam macam lagi tau.






1. PAKAI CHARGER ASAL

tips yang pertama sekali dan yang paling penting adalah, anda WAJIB guna kan charger yang didatangkan sekali, khusus untuk laptop anda, jangan memandai mandai nak tukar ke charger yang lain tau. jika charger original anda rosak, anda disarankan untuk cari charger ganti yang sama brand, wattage dan outputnya. serta lubang charging yang sama juga.

2. JANGAN CHARGE TERLALU LAMA

tips yang kedua, 
Jangan cas laptop anda terlalu lama.Ini boleh menyebabkan adapter terlalu panas. Sekiranya, adapter terlalu panas ia akan merosakan adapter tersebut dan lagi teruk laptop anda juga akan terkena tempias. JANGAN SESEKALI letakan adapter  di permukaan yang memerangkap haba seperti tilam,sofa dan jenis berkain.



3. SIMPAN DENGAN BAIK


tips yang ketiga pula adalah, setelah selesai mengunakan adapter tersebut , simpan lah ia dengan baik. gulung charger tersebut dalam gulungan yang longgar dan tidak terlalu ketat. jangan gantung charger pada bucu meja atau pada penyangkut tepi meja, ini akan menyebabkan dressing pada cable adapter rosak dan mendedahkan cooper di dalam, sangat bahaya jika terkena pada kulit.




setakat itu sahaja perkongsian admin pada kali ini, banyak lagi tips dan triks yang admin akan kongsikan pada masa akan datang. stay tuned!!



-->>Nak diagnos secara percuma?


-->> Tercari-cari kedai Repair laptop Ampang?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03- 4816 6107 - zakwan (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


No comments:

Post a Comment

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...