Tips Penjagaan Laptop

 

[ Punca-Punca ] Masalah Auto Shutdown 

Asalamualaikum / selamat sejahtera.

haa harini admin nak bincang sikit masalah yang lazim jadi pada laptop kesayangan kita ini.

artikel sebelum ini admin mengupaskan pasal Masalah Bateri Kembung Laptop Dell

masalah bateri kembung ini sebenarnya boleh je terjadi pada mana - mana laptop. ikut kepada cara penggunaan pelanggan itu sendiri.


Jadi, artikel kali ini admin nak sentuh pulak masalah laptop shut down sendiri atau bahasa mudah dia kita panggil  Masalah Auto Shutdown.

masalah auto shutdown



Masalah Auto Shutdown ini sering sahaja berlaku dikalangan pengguna, bahkan mereka mungkin tidak sedar lansung tentang perkara ini. kerana ada diantara mereka yang beranggapan Masalah Auto Shutdown bukanlah masalah yang serius pun. 

siapa yang cakap!!. 

Setiap apa yang berlaku pada laptop kita mesti ada punca dan sebabnya.  haaa sebab apa??. kita tengok contoh dulu.


Image result for laptop auto shutdown

Contoh : Bateri cepat drain, bateri dah cas penuh dah tapi cepat habis?

sebab : boleh jadi jangka hayat bateri itu sendiri sudah hampir rosak .macam pengguna macbook pasti familiar dengan perkataan cycle count.

Cycle count ini adalah jangka hayat bateri tersebut. jika cycle count telah melebihi had yang ditetapkan maka bateri itu disarankan untuk ditukar.

admin tahu ramai pengguna yang masih x faham apa yang admin sebutkan kan. tak pe mari kita kaji slow - slow apa masalah Auto Shutdown ni sebenarnya.



MASALAH AUTO SHUTDOWN

Laptop Auto Shutdown: 

tengah guna laptop untuk buat tugasan / assignment / tengok movie atau youtube dan lain-lainnya, tiba-tiba je laptop terpadam sendiri. 

laptop auto shut down



mesti anda akan rasa kenapa tiba-tiba sahaja off kan? ha ni admin bagitahu Punca - punca nya.



PUNCA LAPTOP
AUTO SHUTDOWN


Antara punca masalah Auto Shutdown ialah:

1. Laptop panas (overheating)
2. Masalah OS itu sendiri
3. Motherboard
4. Bateri
5. Hard Disk rosak ( low condition)


Laptop panas (overheating)

Laptop yang tidak pernah servis (cuci habuk dan tukar thermal paste) akan menyebabkan laptop jadi panas yang melampau. 


Image result for laptop overheating gif


Kenapa?

Sebab habuk sudah terkumpul dengan banyak sehingga menghalang pengaliran udara keluar dan masuk. 


Image result for laptop habuk


Thermal Paste telah kering menyebabkan laptop menjadi panas dan tak dapat nak kawal suhu laptop dengan baik.


Image result for thermal paste kering



Masalah Operating System

Siapa sangka, kadang-kadang Operating System laptop itu juga memainkan peranan. 

(terutamanya bila jarang update)

Solution nya anda boleh saja format atau repair semula operating system laptop.


Motherboard

Masalah Laptop Auto shutdown juga berpunca daripada motherboard. 


Image result for motherboard laptop rosak

(kebiasaannya juga memang masalah dari motherboard)

Mungkin juga motherboard boleh bermasalah oleh kerana laptop sudah terlalu panas tak servis sehingga memberi kesan pada komponen yang lain.


Bateri


Image result for bateri laptop rosak

Bateri laptop anda mungkin bermasalah atau sudah hampir kong dan boleh menyebabkan apabila tengah guna laptop tiba-tiba ter-off sendiri.


Hard Disk rosak

Hard Disk yang bermasalah atau rosak boleh jadi jugak punca kepada berlakunya Masalah Auto Shutdown. 



(jarang lah berlaku)

Selalunya Hard Disk yang rosak akan mengeluarkan bunyi pelik. 

(Getaran yang kuat pun boleh jadi punca dari hard disk)

_______________________________________________________



kami di OK Computer Solution Kuala lumpur selalu bertanya kepada pelanggan yang datang.
mereka pernah ke servis laptop sepanjang penggunaan mereka?.

Ternyata ramai yang tidak pernah servis pon laptop kesayangan mereka. Ada yang dah pakai selama 8 tahun, tapi sekali pon tak pernah servis . Ramai juga antara pengguna laptop yang tidak tahu pun apa itu servis. 

Servis laptop ini sebenarnya penting ya tuan/ puan.
sekurang- kurangnya 2 tahun sekali.

kenapa?

biar admin bagitahu secara detail. 


AKIBAT KALAU DAH LAMA TAK SERVIS:



👎🏽 Habuk tersumbat
👎🏽 Aliran udara terhalang
👎🏽 Motherboard heat up (graphic card & processor boleh rosak)
👎🏽 Laptop no display 
👎🏽 Laptop tak boleh on


Nampak macam remeh kan?

Tapi sedar atau tak benda macam ini lah yang bakal merosakkan laptop dengan mudah. 



Perasan tak?

Kebanyakkan masalah berpunca daripada heatsink yang terganggu akibat habuk yang melekat sehingga menyebabkan CPU panas melampau.

⚠ Panas adalah musuh utama komponen elektronik 

Thermal Paste juga perlu dijaga pada bahagian processor & GPU

*Kalau thermal paste sudah kering atau keras, laptop akan mudah panas yang luar biasa ya.

_______________________________________________________

itu lah sahaja yang dapat admin share kan buat masa ni.

kepada anda semua yang rasa dah lama pakai laptop tu tapi tak pernah bawa servis. diharapkan lepas ni bawa - bawa lah pergi kedai untuk diperiksa yaa.

Boleh juga datang ke OK COMPUTER SOLUTION KUALA LUMPUR. servis yang kami bagi adalah dengan penuh kasih sayang. kami jamin dapat membantu anda menyelesaikan Masalah Auto Shutdown ini.


-->>Anda nak kami bantu serviskan laptop anda? membantu menyelesaikan masalah Auto Shutdown?


-->>Nak kami diagnose secara PERCUMA?


-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR laptop CHERAS?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-


 011 - 6411 7084 ( zakwan )



Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin

3 minit dari LRT Pandan Jaya

5 minit dari Sunway Velocity Mall

10 minit dari Pantai Hospital Ampang

11 minit dari MyTown Shopping Mall

12 minit dari Plaza Low Yat

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...