Wednesday, August 26, 2020

[ Punca-Punca ] Masalah Auto Shutdown


Asalamualaikum / selamat sejahtera.

haa harini admin nak bincang sikit masalah yang lazim jadi pada laptop kesayangan kita ini.

artikel sebelum ini admin mengupaskan pasal Masalah Bateri Kembung Laptop Dell

masalah bateri kembung ini sebenarnya boleh je terjadi pada mana - mana laptop. ikut kepada cara penggunaan pelanggan itu sendiri.


Jadi, artikel kali ini admin nak sentuh pulak masalah laptop shut down sendiri atau bahasa mudah dia kita panggil  Masalah Auto Shutdown.

masalah auto shutdown



Masalah Auto Shutdown ini sering sahaja berlaku dikalangan pengguna, bahkan mereka mungkin tidak sedar lansung tentang perkara ini. kerana ada diantara mereka yang beranggapan Masalah Auto Shutdown bukanlah masalah yang serius pun. 

siapa yang cakap!!. 

Setiap apa yang berlaku pada laptop kita mesti ada punca dan sebabnya.  haaa sebab apa??. kita tengok contoh dulu.


Image result for laptop auto shutdown

Contoh : Bateri cepat drain, bateri dah cas penuh dah tapi cepat habis?

sebab : boleh jadi jangka hayat bateri itu sendiri sudah hampir rosak .macam pengguna macbook pasti familiar dengan perkataan cycle count.

Cycle count ini adalah jangka hayat bateri tersebut. jika cycle count telah melebihi had yang ditetapkan maka bateri itu disarankan untuk ditukar.

admin tahu ramai pengguna yang masih x faham apa yang admin sebutkan kan. tak pe mari kita kaji slow - slow apa masalah Auto Shutdown ni sebenarnya.



MASALAH AUTO SHUTDOWN

Laptop Auto Shutdown: 

tengah guna laptop untuk buat tugasan / assignment / tengok movie atau youtube dan lain-lainnya, tiba-tiba je laptop terpadam sendiri. 

laptop auto shut down



mesti anda akan rasa kenapa tiba-tiba sahaja off kan? ha ni admin bagitahu Punca - punca nya.



PUNCA LAPTOP
AUTO SHUTDOWN


Antara punca masalah Auto Shutdown ialah:

1. Laptop panas (overheating)
2. Masalah OS itu sendiri
3. Motherboard
4. Bateri
5. Hard Disk rosak ( low condition)


Laptop panas (overheating)

Laptop yang tidak pernah servis (cuci habuk dan tukar thermal paste) akan menyebabkan laptop jadi panas yang melampau. 


Image result for laptop overheating gif


Kenapa?

Sebab habuk sudah terkumpul dengan banyak sehingga menghalang pengaliran udara keluar dan masuk. 


Image result for laptop habuk


Thermal Paste telah kering menyebabkan laptop menjadi panas dan tak dapat nak kawal suhu laptop dengan baik.


Image result for thermal paste kering



Masalah Operating System

Siapa sangka, kadang-kadang Operating System laptop itu juga memainkan peranan. 

(terutamanya bila jarang update)

Solution nya anda boleh saja format atau repair semula operating system laptop.


Motherboard

Masalah Laptop Auto shutdown juga berpunca daripada motherboard. 


Image result for motherboard laptop rosak

(kebiasaannya juga memang masalah dari motherboard)

Mungkin juga motherboard boleh bermasalah oleh kerana laptop sudah terlalu panas tak servis sehingga memberi kesan pada komponen yang lain.


Bateri


Image result for bateri laptop rosak

Bateri laptop anda mungkin bermasalah atau sudah hampir kong dan boleh menyebabkan apabila tengah guna laptop tiba-tiba ter-off sendiri.


Hard Disk rosak

Hard Disk yang bermasalah atau rosak boleh jadi jugak punca kepada berlakunya Masalah Auto Shutdown. 



(jarang lah berlaku)

Selalunya Hard Disk yang rosak akan mengeluarkan bunyi pelik. 

(Getaran yang kuat pun boleh jadi punca dari hard disk)

_______________________________________________________



kami di OK Computer Solution Kuala lumpur selalu bertanya kepada pelanggan yang datang.
mereka pernah ke servis laptop sepanjang penggunaan mereka?.

Ternyata ramai yang tidak pernah servis pon laptop kesayangan mereka. Ada yang dah pakai selama 8 tahun, tapi sekali pon tak pernah servis . Ramai juga antara pengguna laptop yang tidak tahu pun apa itu servis. 

Servis laptop ini sebenarnya penting ya tuan/ puan.
sekurang- kurangnya 2 tahun sekali.

kenapa?

biar admin bagitahu secara detail. 


AKIBAT KALAU DAH LAMA TAK SERVIS:



👎🏽 Habuk tersumbat
👎🏽 Aliran udara terhalang
👎🏽 Motherboard heat up (graphic card & processor boleh rosak)
👎🏽 Laptop no display 
👎🏽 Laptop tak boleh on


Nampak macam remeh kan?

Tapi sedar atau tak benda macam ini lah yang bakal merosakkan laptop dengan mudah. 



Perasan tak?

Kebanyakkan masalah berpunca daripada heatsink yang terganggu akibat habuk yang melekat sehingga menyebabkan CPU panas melampau.

⚠ Panas adalah musuh utama komponen elektronik 

Thermal Paste juga perlu dijaga pada bahagian processor & GPU

*Kalau thermal paste sudah kering atau keras, laptop akan mudah panas yang luar biasa ya.

_______________________________________________________

itu lah sahaja yang dapat admin share kan buat masa ni.

kepada anda semua yang rasa dah lama pakai laptop tu tapi tak pernah bawa servis. diharapkan lepas ni bawa - bawa lah pergi kedai untuk diperiksa yaa.

Boleh juga datang ke OK COMPUTER SOLUTION KUALA LUMPUR. servis yang kami bagi adalah dengan penuh kasih sayang. kami jamin dapat membantu anda menyelesaikan Masalah Auto Shutdown ini.


-->>Anda nak kami bantu serviskan laptop anda? membantu menyelesaikan masalah Auto Shutdown?


-->>Nak kami diagnose secara PERCUMA?


-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR laptop CHERAS?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-


 011-6411 7084 (Whatsapp pun boleh)



Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin

3 minit dari LRT Pandan Jaya

5 minit dari Sunway Velocity Mall

10 minit dari Pantai Hospital Ampang

11 minit dari MyTown Shopping Mall

12 minit dari Plaza Low Yat








Friday, August 21, 2020

[SOLVED] BATERI KEMBUNG LAPTOP DELL | REPAIR LAPTOP CHERAS


KEDAI REPAIR LAPTOP CHERAS MENYELESAIKAN MASALAH BATERI KEMBUNG LAPTOP DELL.


Pada artikel kali ini admin mahu membincangkan tentang masalah bateri kembung laptop Dell. Salah sorang pelanggan dari kedai  repair laptop cheras telah datang bersama laptop dell miliknya. En Hafis, pemilik laptop tersebut, meluahkan kepada kami bahawa laptop miliknya itu menunjukkan masalah bateri kembung laptop Dell.


Semasa diteliti, keadaan laptop dell ini nampak teruk kerana penutup bateri pada bahagian belakang laptop itu terangkat sedikit, dipercayai masalah ini berpunca dari masalah bateri kembung laptop Dell itu sendiri.




                            Keadaan bateri yang kembung.


Keadaan ini merisaukan En Hafis kerana masalah ini akan berlarutan sehingga menimbulkan kemungkinan terjadi masalah yang lain pada komponen- komponen laptop tersebut. Jadi tanpa membuang masa En Hafis mula melayari laman web untuk mencari kedai repair laptop yang berdekatan dengan rumahnya bagi mencari bantuan menyelesaikan masalah bateri kembung laptop Dell.

Setelah beberapa laman web yang beliau cari,akhirnya beliau menjumpai kedai repair laptop cheras atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution Kuala Lumpur. En hafis merasakan kedai kami merupakan pilihan yang tepat kerana telah banyak testimoni dan review yang positif dari pelanggan - pelanggan kami sebelum ini. kami disini menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga juga sangat berpatutan.

Setelah mendengar luahan En Hafis, technician kami segera menjalankan sesi diagnose masalah bateri kembung laptop Dell ini. setelah bateri itu dicabut, kami amat terkejut kerana keadaan bateri tersebut sudah semakin sarat. dan ada juga bahagian yang sudah tertanggal.




                                                 bahagian bateri yang tertanggal





keadaan bateri kembung


Keadaan bateri sebegini sangatlah bahaya kepada laptop anda. ini kerana jika dibiarkan,kemungkinan besar ia akan menyebabkan masalah lain pada laptop anda seperti masalah keyboard, masalah motherboard dan juga masalah touchpad. sebenarnya terdapat banyak punca yang boleh menyebab kan bateri kembung antaranya ialah :-

Antara punca lazim terjadinya bateri kembung :

- mengunakan laptop secara berterusan dengan charger.
- overcharge ( tidak mencabut charger, membiarkan bateri penuh sehingga terlupa)
- meletakkan laptop pada permukaan fabrik
-meletakkan laptop pada tempat yang terdedah kepada sumber haba yang tinggi.



keadaan yang mungkin berlaku jika overcharge bateri


jangan mengunakan laptop diatas fabrik terlalu kerap.



Jadi, berbalik pada masalah bateri kembung laptop Dell, technician mencadangkan kepada En hafi supaya menukar kepada bateri yang baharu bagi mengelakkan masalah lain timbul. Dengan persetujuan En Hafis, technician segera mencari stok bateri dell ini dan menukarkan bateri kembung yang lama kepada bateri yang baharu.





keadaan bateri baharu.


technician hanya mengambil masa kurang 20 minit bagi menukar bateri yang baharu dan menguji keadaan bateri tersebut. Kini En Hafis tidak perlu risau lagi dengan masalah bateri kembung laptop Dell ini.. kami memberitahu tips- tips penjagaan bateri laptop agar En Hafis tidak perlu risau akan masalah ini untuk beberapa tahun akan datang.





hasil setelah bateri ditukar

En Hafis sangat berpuas hati dan berterima kasih dengan kami di kedai repair laptop cheras . kerana bersedia membantunya menyelesaikan masalah bateri kembung laptop Dell miliknya itu. kami juga turut bersenang hati kerana pelanggan kami senang dengan perkhidmatan yang kami tawarkan.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


- ->> TERTARIK DENGAN PERKIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN ?

-->>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah bateri kembung ?


-->>Nak kami diagnose secara PERCUMA?


-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR laptop CHERAS?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-


03-4816 6170 / 011-6411 7084 


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin

3 minit dari LRT Pandan Jaya

5 minit dari Sunway Velocity Mall

10 minit dari Pantai Hospital Ampang

11 minit dari MyTown Shopping Mall

12 minit dari Plaza Low Yat







Friday, August 7, 2020

[SOLVED] DELL INSPIRON 3437 CANT ON | REPAIR LAPTOP CHERAS


Kedai Repair Laptop Cheras menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant On

 

Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on. Pada minggu lalu, kedai repair Laptop Cheras didatangi seorang pelanggan yang mesra dipanggil En Sri Ganesh dengan membawa Laptop Dell Inspiron 3437.

 



Semasa En Sri Ganesh tiba di kedai repair Laptop Cheras, beliau mengeluarkan Laptop miliknya dari beg galas dan meluahkan masalahnya bahawa Laptop tersebut tidak boleh on. Beliau mengatakan bahawa sebelum ini laptop tersebut masih boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Keesokan harinya, apabila beliau ingin meneruskan kerjanya pada laptop itu, laptop tersebut tidak dapat on. Beliau menjadi panik kerana menyangka laptop itu sudah rosak, kerana sehari sebelumnya laptop itu masih boleh digunakan

Jadi, beliau mencari seribu satu jalan dengan melayari laman internet sehingga menjumpai kedai repair Laptop Cheras atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution Kuala Lumpur dan segera mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on miliknya itu.

Beliau memilih OK Computer Solution Kuala Lumpur kerana terbukti banyak artikel menarik serta  testimoni yang positif  dan perkhidmatan yang berkualiti ditawarkan . Harga yang ditawarkan disini juga sesuai dan berpatutan.

Setelah mendengar luahan En Sri Ganesh mengenai Laptop miliknya itu, Admin menjelaskan pada beliau mengikut pengalaman kami, masalah begini kebiasaanya berpunca daripada masalah hardisk ataupun masalah motherboard laptop itu sendiri yang mungkin telah berlaku litar pintas ataupun sesetengah bahagian pada motherboard perlu ditukar.

Selain masalah Dell Inspiron 3437 cant on ini, En Sri Ganesh turut meluahkan bahawa cd player pada laptop tidak berfungsi lansung menyebabkan beliau sukar untuk burn kerja – kerja penting ke dalam cd. Jadi, En Sri Ganesh meminta untuk memeriksa bahagian tersebut supaya beliau boleh mengunakan cd player itu kelak.


Jadi tanpa membuang masa, technician kami segera mendiagnose laptop itu seperti biasanya dan mendapati bahawa  terdapat kerosakan pada motherboard menjadi punca laptop itu tidak boleh dibuka. Techinician juga mendapati bahawa hard disk pada laptop ini sudah rosak dan perlu diganti. Masalah cd player tidak berfungsi juga berpunca daripada Cd player yang sudah tidak berfungsi dan juga perlu diganti.

Lalu, Admin menceritakan kepada En Sri Ganesh dengan penjelasan yang sangat jelas dan mudah difahami serta menawarkan harga yang berpatutan bagi kos repair motherboard, kos menukar cd player yang baharu. Admin juga mencadangkan agar pelanggan menukar kepada SSD sehingga beliau tertarik dan bersetuju.




Masalah kerosakkan pada Motherboard jarang berlaku pada masa kini. Perkara ini biasanya berpunca daripada masalah seperti  litar pintas / jatuh / water damage dan sebagainya. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya pengguna tidak sedar atau membiarkan bateri dicas sehingga terlupa atau overcharge melebihi had yang sepatutnya. Ini akan menjadi satu masalah kepada penguna laptop kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki masalah ini.



Jika dibiarkan masalah Dell Inspiron 3437 cant on ini berlanjutan, Pengguna tidak dapat melakukan kerja dengan sempurna. Tentunya banyak kerja yang akan tertunggak dan tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Tambahan pula, pengguna tidak mempunya laptop lain untuk meneruskan kerjanya  itu. 


 Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on, technician mengambil masa kurang  3 jam untuk menukar SSD dan CD player yang baharu.

Selepas itu, pengujian telah dilakukan sehingga masalah hard disk dan Cd player rosak dapat diatasai. Laptop juga sudah boleh dibuka selepas proses repair bahagian motherboard dilakukan.







Kini, En Sri Ganesh sudah tidak perlu risau akan masalah Dell Inspiron 3437 cant on atau masalah hard disk dan CD player lagi. Admin juga memberi tahu tips serta Langkah- Langkah yang harus dijaga supaya masalah motherboard ini tidak berlaku lagi dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

En Sri Ganesh mengucapakan ribuan terima kasih kerana telah membantu menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on serta masalah hard disk dan CD playernya. Apabila pelanggan kami berpuas hati dan gembira, kami di kedai repair Laptop Cheras juga turut gembira atas perkhidmatan yang kami berikan kepada mereka.



-->>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah cant on seperti Dell inspiron?


-->>Nak kami diagnose secara PERCUMA?


-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR laptop CHERAS?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

 011-6411 7084 (okcskl)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin

3 minit dari LRT Pandan Jaya

5 minit dari Sunway Velocity Mall

10 minit dari Pantai Hospital Ampang

11 minit dari MyTown Shopping Mall

12 minit dari Plaza Low Yat


ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...