Wednesday, November 30, 2022

LENOVO G470 KEYBOARD LAPTOP ROSAK | REPAIR LAPTOP SHAMELIN

Kedai repair laptop Shamelin menyelesaikan masalah laptop Lenovo G470 keyboard laptop rosak.


Artikel ini membincangkan tentang masalah Lenovo G470 keyboard laptop rosak. Keyboard merupakan salah satu komponen terpenting dalam sesebuah laptop. Jika keyboard laptop anda tak boleh nak tekan, ia boleh menggangu kerja. Baru-baru ini kami di kedai repair laptop Shamelin menerima laptop yang mempunyai masalah beberapa butang keyboard tak boleh nak tekan dan ada beberapa butang keyboard dah tercabut.


REPAIR LAPTOP SHAMELIN
Laptop Lenovo G470 Keyboard rosak dan butang tercabut

REPAIR LAPTOP SHAMELIN
Gambar lebih dekat 


Menurut cerita pelanggan kami, beliau selalu menggunakan laptop untuk kegunaan kerja on-site sebagai technician telco. Jadi bila nak masukkan data, banyak butang keyboard yang tak berfungsi, ini sangat menyusahkan tambahan jika data yang nak dimasukkan perlu dibuat on the spot. Pelanggan kami ambil keputusan untuk membawa Lenovo G470 keyboard laptop rosak ni ke kedai kami di kedai repair laptop Shamelin.


REPAIR LAPTOP SHAMELIN
Proses menukar keyboard

Setelah didiagnos oleh technician kami di kedai repair laptop Shamelin, ternyata Lenovo G470 keyboard laptop rosak ini memang perlu tukar keyboard yang baru. Pelanggan bersetuju untuk tukar sebab harga sangat berpatutan.

REPAIR LAPTOP SHAMELIN
Keyboard laptop Lenovo G470 yang sudah siap ditukar

Tak sampai sehari, kami di kedai repair laptop Shamelin berhasil menukar keyboard baru. Kini tiada lagi masalah Lenovo G470 keyboard laptop rosak! Pelanggan kami sangat gembira dan berpuas hati. Dah la boleh siap cepat, beliau pun boleh menyambung kerja memasukkan data yang tertunggak sebelum ni. :) :)


REPAIR LAPTOP SHAMELIN



-->>Laptop anda pun ada masalah macam Lenovo G470 keyboard laptop rosak??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP SHAMELIN?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)



Monday, November 28, 2022

[SOLVED] ACER E5-575 CANNOT CHARGE | REPAIR LAPTOP DESA PANDAN

Kedai repair laptop Desa Pandan menyelesaikan masalah laptop Acer E5-575 cannot charge.


Artikel ini membincangkan tentang masalah laptop Acer E5-575 cannot charge. Pada minggu lepas kami di kedai repair laptop Desa Pandan dikunjungi seorang pelanggan yang mempunyai masalah laptop beliau tak boleh nak masuk windows. Beliau juga beritahu yang laptop ni tak boleh nak cas bateri dan perlu menggunakan charger untuk ON.


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Laptop Acer E5-575 bateri tak boleh cas / bateri tak ditect oleh laptop

Macam biasa, technician kami di kedai repair laptop Desa Pandan buat diagnos terlebih dahulu laptop Acer E5-575 cannot charge ni. Semasa diperiksa, terdapat dua storage dalam laptop ni iaitu SSD dengan HDD biasa. SSD laptop ni takda masalah, akan tetapi HDD memang rosak teruk dan tak boleh nak diselamatkan. Bila kami diagnos lebih lanjut apa yang menyebabkan HDD tersebut rosak teruk, ini disebabkan laptop tak shutdown dengan betul. 


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Proses diagnos laptop Acer E5-575

Punca laptop tak shutdown dengan betul sebab pelanggan kami menggunakan laptop secara direct current. Waktu kita shutdown, kita rasa power dekat laptop dah tutup habis dan kita terus tutup plug atau cabut charger, walhal power masih ada. Maka HDD yang menggunakan konsep spinning platter ni akan terkejut. Bila shutdown mengejut ni berulang-ulang kali terjadi, ia boleh melumpuhkan storage HDD seterusnya boleh merosakkan. Nasib baik sistem windows berada dekat dalam SSD. Jadi kami hanya perlu bawa keluar HDD dan biarkan laptop running menggunakan SSD sahaja.


Di sini kita boleh nampak kelemahan yang terdapat dekat dalam HDD. HDD berfungsi dengan menggunakan spinning platter. Bila anda ON laptop, disk akan berpusing untuk membaca data. Berbeza dengan SSD yang mana ia menggunakan konsep memori flash sama seperti RAM. Jadi risiko untuk kehilangan data dekat SSD agak rendah berbanding HDD. Kami di kedai repair laptop Desa Pandan memberikan penyelesaian utama untuk laptop Acer E5-575 cannot charge ni iaitu dengan menukar bateri baru. 


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Bateri baru dan lama untuk laptop Acer E5-575


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Proses memasang bateri laptop yang baru


Untuk pengetahuan anda, laptop Acer E5-575 cannot charge ni menggunakan bateri dalam (built-in battery). Selepas bateri ditukar, semua berfungsi dengan baik. Kalau dulu laptop ni nak ON kena direct pakai charger, sekarang tak perlu lagi. HDD lama pun kami bawa keluar siap-siap. Masalah tak boleh nak masuk windows pun setel sekali. Pelanggan happy, kami di kedai repair laptop Desa Pandan turut bergumbira dapat bantu selesaikan! :)


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Laptop Acer E5-575 yang sudah siap


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
En Akmal yang sangat berpuas hati


-->>Laptop anda pun ada masalah macam laptop Acer E5-575 cannot charge??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP DESA PANDAN?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

ACER E5-574G KEYBOARD ROSAK TAK BOLEH TEKAN | REPAIR LAPTOP KL

Kedai repair laptop KL menyelesaikan masalah laptop Acer E5-574G keyboard rosak tak boleh tekan.


Artikel ini membincangkan tentang masalah laptop Acer E5-574G keyboard rosak tak boleh tekan. Baru-baru ini kami di kedai repair laptop KL dikunjungi seorang pelanggan yang mengalami masalah dengan keyboard laptop.


Beliau menerangkan laptop Acer E5-574G keyboard rosak tak boleh tekan langsung. Bukan satu atau dua butang keyboard yang tak boleh nak tekan, malahan semua butang keyboard tak boleh nak tekan. Sebelum tu jangan salah faham, tak boleh tekan tu maksudnya bila pelanggan kami ni picit butang keyboard sebenarnya takda langsung keluar tulisan dekat skrin. Jadi bukan setakat nak buat kerja, bila nak ON laptop untuk memasukkan password juga tak boleh. Perkara ini sangat merunsingkan. Jadi apa yang dibuat, beliau pun terus membawa laptop ke kedai repair laptop KL untuk diagnos.


REPAIR LAPTOP KL
Proses diagnos laptop Acer E5-574G

Setelah technician kami di kedai repair laptop KL habis diagnos, memang ternyata laptop Acer E5-574G keyboard rosak tak boleh tekan ni perlu ditukar keyboard baru. Untuk pengetahuan anda, jika masalah seperti ini berlaku, kami akan cek sekali cip i/o yang terletak dalam motherboard laptop. Biasanya cip ini pun boleh menyebabkan keyboard laptop anda tak boleh nak tekan. Sebab tu kalau tukar keyboard pun tetap tak boleh selesaikan masalah dan tetap keyboard tak boleh nak tekan.


REPAIR LAPTOP KL
Proses memasang keyboard baru

REPAIR LAPTOP KL
Keyboard lama yang sudah dibuka

Berbalik kisah laptop Acer E5-574G keyboard rosak tak boleh tekan ni tadi, setelah mendapat persetujuan pelanggan, kami pun terus tukar keyboard baru. Selain itu kami juga mencadangkan agar laptop beliau diservis untuk mengelakkan laptop cepat panas. Sekarang laptop dah kembali normal. Pelanggan kami tiada lagi masalah keyboard tak boleh tekan. Nak masukkan password dan nak buat kerja pun dah senang. Pelanggan happy, kami di kedai repair laptop KL turut tumpang gembira!



-->>Laptop anda pun ada masalah macam laptop Acer E5-574G keyboard rosak tak boleh tekan??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP KL?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)



Friday, November 25, 2022

[SOLVED] APPLE iMAC A1418 CANNOT ON | REPAIR MAC AMPANG

Kedai repair Mac Ampang menyelesaikan masalah Apple iMac A1418 cannot ON.


Artikel ini membincangkan tentang masalah Apple iMac A1418 cannot ON. Untuk pengetahuan umum pembaca, iMac adalah sebuah komputer keluaran Apple yang memiliki reka bentuk 'All in One'. Ianya menghimpunkan skrin dan motherboard dalam satu tempat. Berbalik kisah yang kami di kedai repair Mac Ampang terima baru-baru ini, iMac yang diterima mempunyai masalah tak boleh nak ON.


REPAIR MAC AMPANG
Apple iMac A1418 tak boleh ON


Menurut cerita pelanggan kami, Apple iMac A1418 cannot ON ni digunakan oleh anak beliau untuk belajar. Almaklumlah sekarang ni musim semua pembelajaran boleh dilakukan secara online. Masa mula-mula jadi tak boleh nak ON tu, iMac ni masih keluar bunyi tapi takda keluar gambar. Ini sangat mengganggu anak beliau untuk meneruskan pembelajaran. Jadi macam biasa, technician kami di kedai repair Mac Ampang akan melakukan diagnos terlebih dahulu.


REPAIR MAC AMPANG
Apple iMac A1418 sudah siap dibaiki

Setelah habis diagnos oleh technician kami di kedai repair Mac Ampang, ternyata Apple iMac A1418 cannot ON ni mempunyai masalah dengan logic board. Selepas mendapat persetujuan, kami terus proceed untuk repair.


Biasanya masalah macam Apple iMac A1418 cannot ON ni kami akan mengambil masa anggaran seminggu untuk diselesaikan. Ini termasuklah dengan proses testing bagi kelancaran penggunaan iMac di masa akan datang. Akhirnya iMac berjaya kami repair. Anak kepada pelanggan kami boleh sambung menggunakan iMac tanpa perlu ada masalah. Pelanggan happy, kami di kedai repair Mac Ampang turut happy!


REPAIR MAC AMPANG
Pelanggan gembira iMac sudah siap

 

-->>iMac anda pun ada masalah macam Apple iMac A1418 cannot ON??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC AMPANG?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Wednesday, November 23, 2022

LAPTOP ACER E5-574G SCREEN CRACK / ROSAK | REPAIR LAPTOP KL

Kedai repair laptop KL menyelesaikan masalah laptop Acer E5-574G screen crack / rosak.


Artikel ini membincangkan tentang masalah laptop Acer E5-574G screen crack / rosak. Tahukah anda banyak punca yang boleh menyebabkan skrin laptop anda rosak. Antaranya sebab dah sampai had  jangka hayat tertentu. Selain itu, perkara yang biasa kita dengar adalah disebabkan oleh kecuaian sendiri samada terjatuh, tertindih barang masa nak tutup skrin laptop dan sebagainya. Baru-baru ini kami di kedai repair laptop KL ada menerima masalah skrin crack ni.


REPAIR LAPTOP KL
Laptop Acer E5-574G screen crack / rosak

Menurut cerita pelanggan kami ni, laptop acer E5-574G screen crack / rosak kepunyaan beliau ni terjadi bukanlah disebabkan oleh kecuaian sendiri. Kisahnya bermula bila terdapat satu death pixel kecil dekat kawasan sebelah bawah skrin. Pada awalnya macam tak mengganggu, tapi lama kelamaan death pixel tersebut merebak sampai keseluruhan skrin. Bila dah jadi macam ni memang sangat mengganggu bila nak buat kerja. Almaklumlah, satu apa pun tak boleh nak nampak dalam skrin tu. Jadi pelanggan kami ni pun terus bawa laptop ke kedai repair laptop KL.


REPAIR LAPTOP KL
Proses tukar skrin laptop 1

REPAIR LAPTOP KL
Proses tukar skrin laptop 2

Bila technician kami di kedai repair laptop KL nampak laptop Acer E5-574G screen crack / rosak ni, memang first impression ingat laptop ni terjatuh, sebab nampak teruk sangat. Jadi kami pun cadangkan terus dekat pelanggan untuk menukar skrin yang baru dan original bagi memaksimumkan resolution skrin asal.


REPAIR LAPTOP KL
Laptop Acer E5-574G yang sudah siap

Setelah mendapat persetujuan, kami pun menukar skrin laptop ni dengan jayanya :). Sekarang tiada lagi masalah laptop Acer E5-574G screen crack / rosak. Laptop dah boleh guna macam biasa tanpa perlu sakit mata. Pelanggan happy, kami di kedai repair laptop KL turut happy!


-->>Laptop anda pun ada masalah macam laptop Acer E5-574G screen crack / rosak??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP KL?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Tuesday, November 22, 2022

[SOLVED] MACBOOK PRO A1278 BATERI KEMBUNG | REPAIR MAC MALURI

Kedai repair Mac Maluri menyelesaikan masalah Macbook Pro A1278 bateri kembung.


Artikel ini membincangkan tentang masalah Macbook Pro A1278 bateri kembung. Baru-baru ini kami di kedai repair Mac Maluri dikunjungi seorang pelanggan yang mana membawa Macbook beliau ada masalah dengan bateri.


REPAIR MAC MALURI
Bateri Macbook Pro A1278 kembung


Jika diikutkan dengan penelitian oleh technician kami di kedai repair Mac Maluri, didapati trackpad atau touchpad untuk Macbook Pro A1278 bateri kembung ni susah untuk ditekan. Ini kerana disebabkan oleh bateri yang berada di bahagian dalam Macbook sudah mengembung. Pelanggan juga ada mengadu tentang perkara ini yang mana bila nak tekan atau nak gunakan trackpad, perlu tekan kuat sikit seolah dah tak sensitif bila nak buat kerja. Tambahan pula bateri pun cepat drain atau cepat habis.


REPAIR MAC MALURI
Bateri baru dan lama

Jadi macam biasa, technician kami di kedai repair Mac Maluri pun buat diagnos terlebih dahulu. Biasanya kami akan buka bahagian dalam Macbook untuk melihat jika ada hardware lain juga turut terkesan dengan masalah bateri kembung ni. Selepas habis diagnos, ternyata hanya bateri sahaja yang perlu ditukar untuk masalah Macbook Pro A1278 bateri kembung ni. 


REPAIR MAC MALURI
Macbook Pro A1278 yang sudah ditukar bateri baru

Setelah mendapat persetujuan pelanggan, technician kami di kedai repair Mac Maluri menukar bateri baru. Lepas dah tukar tu, tiada lagi masalah trackpad atau touchpad susah nak tekan. Bateri pun boleh menyimpan power dengan lebih lama selepas dicas. Kini masalah Macbook Pro A1278 bateri kembung tiada lagi! :)


REPAIR MAC MALURI
Mr Russel Ang sangat berpuas hati dengan bateri baru


-->>Laptop anda pun ada masalah macam Macbook Pro A1278 bateri kembung??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC MALURI?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Sunday, November 20, 2022

[SOLVED] LAPTOP ASUS X407U SLOW | REPAIR LAPTOP AMPANG JAYA

Kedai repair laptop Ampang Jaya menyelesaikan masalah laptop Asus X407U slow.


Artikel ini membincangkan tentang masalah laptop Asus X407U slow. Baru-baru ini kami di kedai repair laptop Ampang Jaya mendapat panggilan daripada pelanggan memberitahu masalah laptop beliau jadi slow sangat. Jadi macam biasa, kami cadangkan untuk bawa laptop ke kedai untuk kami cek dulu. Maklumlah kami sediakan servis cek percuma sahaja untuk semua masalah. Lepas dah tahu apa masalah dan harga, taknak proceed pun takpa. No fix no fee orang putih kata. Hehe..


REPAIR LAPTOP AMPANG JAYA
Proses diagnos laptop Asus X407U

Nak dijadikan cerita, pelanggan kami ni pun datang terus untuk cek apa masalah laptop Asus X407U slow. Beliau juga memaklumkan yang susah sangat nak buat kerja. Bila buka satu aplikasi contoh macam Microsoft Word dia akan jadi sangat berat. Setelah diperiksa oleh techncian pakar kami di kedai repair laptop Ampang Jaya, semuanya dalam keadaan baik sebenarnya. Jadi kami hanya cadangkan untuk beliau upgrade RAM dan storage laptop HDD kepada SSD. 


REPAIR LAPTOP AMPANG JAYA
Proses upgrade SSD

REPAIR LAPTOP AMPANG JAYA
Proses ugrade RAM

Setelah mendapat persetujuan, technician kami di kedai repair laptop Ampang Jaya pun memulakan operasi melajukan laptop Asus X407U slow ni. Oh ya, nak selit sikit, andaikata anda nak upgrade laptop anda kepada SSD, kena pastikan laptop anda support SSD jenis yang mana. Sebab harga SSD juga berbeza mengikut jenis SSD yang digunakan oleh sesebuah laptop.


REPAIR LAPTOP AMPANG JAYA
Laptop Asus X407U yang sudah siap

Berbalik kisah pelanggan kami ni tadi, Alhamdulillah tak sampai 3 hari kami berjaya menyelesaikan masalah slow ni. Laptop dah kembali laju lepas kami upgrade SSD dan RAM. Nak buat kerja pun jadi smooth je. Tambahan masa nak ON laptop tu, berdesup terus boleh load windows. Jadi masalah laptop Asus X407U slow tiada lagi! Happy sangat pelanggan kami ni. Beliau gembira, kami di kedai repair laptop Ampang Jaya turut tumpang gumbira :).


REPAIR LAPTOP AMPANG JAYA
En Hazriq yang sangat gembira laptop kembali laju



-->>Laptop anda pun ada masalah macam Laptop Asus X407U slow??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP AMPANG JAYA?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Thursday, November 10, 2022

CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA | REPAIR MAC KL

Kedai repair Mac KL berkongsi tentang ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura.


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA


Artikel ini membincangkan tentang ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura. Untuk pengetahuan anda, syarikat Apple telahpun mengumumkan generasi terbaru MacOS iaitu Ventura selepas kali terakhir MacOS Monterey dilancarkan pada Oktober 2021. Kami di kedai repair Mac KL nak kongsikan dengan anda beberapa ciri baharu yang terdapat dalam MacOS Ventura ni. Jom!


1. Continuity Camera


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA


Antara ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura adalah continuity camera. Pengguna iPhone boleh menjadikan kamera mereka sebagai webcam pada Macbook. Ciri ini boleh disambungkan samada menggunakan cable atau wireless. Jika anda menyambung menggunakan wireless, anda hanya perlu dekatkan iPhone anda dengan Macbook, secara automatik input webcam Macbook akan beralih ke kamera iPhone. Dalam continuity camera juga, terdapat beberapa ciri inovasi lain seperti Potrait Mode, Studio Light, jadikan iPhone anda sebagai mikrofon pada Mac, Centre Stage yang mana anda boleh sesuaikan atau selaraskan frame kamera berada ditengah jika anda sedang bergerak-gerak dan Desk View (hanya support lensa ultrawide iPhone 11 ke atas).


2. Stage Manager


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA
Sumber gambar Apple.com


Ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura juga terdapat Stage Manager. Jika anda sedang melakukan beberapa kerja dekat iMac / Macbook dalam satu masa, anda boleh asingkan paparan menggunakan ciri ini dengan meletakkan semua aplikasi yang tengah anda buka / guna di sebelah tepi skrin. Dengan mengguna ciri ini, ianya akan meningkatkan lagi produktiviti ketika anda sedang melakukan kerja dalam iMac / Macbook.


3. Passkeys


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA
Sumber gambar Apple.com


Passkeys akan menggantikan kata laluan (password) dengan kaedah log masuk yang lebih mudah dan selamat. Passkeys juga menggunakan ciri seperti Touch ID atau Face ID dan diselaras menggunakan end-to-end enrypted di seluruh peranti Apple seperti iMac, Macbook, iPhone dan iPad melalui iCloud Keychain. Dengan kata mudah difahaminya, kalau anda masuk ke dalam website yang memerlukan password, password tersebut takkan tersimpan dalam sesebuah website dengan mudah dan boleh mengelakkan phishing (pancingan data).


4. Safari Browser


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA


Tidak terkecuali dengan Safari, ada juga beberapa ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura ini. Antara inovasi terkini dalam Safari adalah anda dapat berkongsi tab browser yang anda sedang akses dengan pengguna yang lain dalam masa yang sama. Ciri ini dinamakan Shared Tab Group. Semua pengguna dalam group ini boleh membuat bookmark untuk kegunaan bersama. Banyak lagi ciri lain seperti penambahan terjemahan bahasa, terjemahan tulisan dalam gambar menggunakan Live Text dan lain-lain lagi.


5. FaceTime


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA


Dalam FaceTime juga terdapat ciri baharu seperti Handoff dalam FaceTime. Bahasa mudahnya, FaceTime mendapat sokongan lepas tangan yang mana anda boleh menukar panggilan FaceTime dari satu peranti ke peranti yang lain dengan mudah. Sebagai contoh anda sedang menggunakan FaceTime melalui iPhone, kemudian anda ingin beralih ke Macbook tanpa perlu tamatkan panggilan anda.


6. Pengalaman bermain Game


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA
Sumber gambar Apple.com


Dengan teknologi Metal 3 dan MetalFX Upscaling menjadikan pengalaman bermain game di iMac dan Macbook lebih menyeronokkan. Menurut Apple, pelbagai jenis game termasuk 'Resident Evil Village' oleh pembangun Capcom akan memanfaatkan teknologi ni. Dalam bahasa mudah, setiap game yang berat atau kompleks akan terasa lebih pantas dan responsif. Bagus kan? Kami di kedai Mac KL turut teruja!


7. iCloud Shared Photo Library


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA


Ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura juga anda boleh berkongsi gambar melalui iCloud sehingga ke 5 orang pengguna yang lain. Anda boleh pilih gambar yang nak dikongsi menggunakan penapis pintar seperti bermula hanya selepas tarikh waktu tertentu ataupun menggunakan padanan wajah untuk berkongsi gambar yang mengandungi orang tertentu sahaja. Semua gambar boleh diselenggara atau diedit oleh semua pengguna lain yang anda dah kongsikan tadi.


8. Mail / Messages


CIRI BAHARU (FEATURES) DALAM MacOS VENTURA


Terdapat pelbagai inovasi dalam mail / messages, salah satunya anda boleh edit semula mesej yang sudah dihantar disamping penerima boleh melihat rekod suntingan tersebut. Anda juga boleh tandakan mesej sebagai 'unread' jika anda tak berkesempatan untuk membalas dan ingin membalasnya pada waktu tertentu. Mesej-mesej yang sudah dipadam juga boleh direcovery semula dalam tempoh 30 hari selepas mesej dipadam. Untuk Mail pula, anda boleh setkan terus masa tertentu untuk dihantar dan anda juga boleh setkan reminder untuk emel yang sudah dibuka untuk anda reply di waktu yang lain.


REPAIR MAC KL
Contoh Macbook yang sudah siap install MacOS Ventura


Banyak lagi ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura ni sebenarnya, takpa kami di kedai repair Mac KL akan share link sumber rujukan untuk bacaan tambahan anda. Semoga bermanfaat! - Repair Mac KL


 

-->>Mac anda ada masalah?


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC KL?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Rujukan:

https://www.apple.com/my/macos/ventura/features/

https://www.idntimes.com/tech/gadget/alfonsus-adi-putra-2/apple-luncurkan-macos-ventura?page=all

https://www.ehgajet.com/macos-ventura-rangkuman-ciri-ciri-baharu.html

https://tekno.kompas.com/read/2022/06/07/16150047/7-fitur-baru-di-macos-ventura-bisa-bikin-iphone-jadi-webcam-hingga-salin-teks?page=all








Monday, November 7, 2022

[SOLVED] MACBOOK PRO A1502 CANNOT ON | REPAIR MACBOOK MALURI

Kedai repair Macbook Maluri menyelesaikan masalah Macbook Pro A1502 cannot ON.


Artikel ini membincangkan tentang masalah Macbook Pro A1502 cannot ON. Tahukah anda, banyak punca yang boleh menyebabkan sesebuah laptop tak boleh nak ON. Antaranya seperti bateri sudah rosak, adapter charger rosak atau yang lebih parah lagi motherboard sudah tak berfungsi. Sama seperti kes yang baru kami terima di kedai repair Macbook Maluri ni.


MACBOOK PRO A1502 CANNOT ON
Macbook Pro A1502 tak boleh ON

Untuk pengetahuan anda, pelanggan kami kali ni adalah seorang yang istimewa. Beliau mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan. Jadi technician kami di kedai repair Macbook Maluri banyak berkomunikasi dengan beliau menggunakan whatsapp sahaja. Oh ya, sebelum terjadinya masalah Macbook Pro A1502 cannot ON ni, beliau pernah datang untuk membeli Magsafe (adapter charger) dengan kami.


MACBOOK PRO A1502 CANNOT ON
Bahagian dalam Macbook

Pada mulanya technician kami di kedai repair Macbook Maluri menyangka Magsafe yang dibeli sebelum ni dah rosak. Rupanya tidak. Magsafe tersebut masih dalam keadaan baik, dan bila digunakan dekat Macbook lain, takda masalah pun. Kemudian kami dapati yang Macbook Pro A1502 cannot ON ni tak pernah diservis. Ini boleh menjadi salah satu sebab kenapa Macbook tak boleh nak ON langsung.


MACBOOK PRO A1502 CANNOT ON
Thermal paste/pad yang sudah kering

Mesti anda pelik, macam mana kami boleh diagnos dan dapat tahu yang Macbook ni tak pernah diservis? Sebenarnya tak susah pun, pertama, kami di kedai repair Macbook Maluri sendiri akan terus bertanya dekat pelanggan :) :). Kedua, bila kami buka bahagian dalam Macbook Pro A1502 cannot ON ni, didapati terdapat banyak habuk seolah seperti span basuh pinggan dah terbentuk dekat bahagian heat sink dan kipas. Selain itu, thermal paste/pad yang dah kering juga boleh kelihatan. 


-->>Mac anda pun ada masalah macam Macbook Pro A1502 cannot ON??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR MACBOOK MALURI?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Tuesday, November 1, 2022

MACBOOK A1708 BATERI CEPAT HABIS / KONG | REPAIR MAC AMPANG

Kedai repair Mac Ampang menyelesaikan masalah Macbook A1708 bateri cepat habis / kong.


Artikel ini membincangkan tentang masalah Macbook A1708 bateri cepat habis / kong. Perkara seperti bateri cepat habis ni bukan setakat terjadi dekat handphone malah dekat laptop pun sama. Tambahan sekarang banyak laptop baru yang dibuat terus built-in bateri atau bahasa mudahnya bateri kat dalam. Baru-baru ni, kami di kedai repair Mac Ampang dapat 1 kes yang mana Macbook pelanggan kami mengalami masalah bateri cepat habis.


Menurut cerita pelanggan kami ni, Macbook A1708 bateri cepat habis / kong ni dah la bateri habis cepat, lepastu tiap kali nak cas bateri, beliau kena off kan Macbook untuk bagi bateri penuh. Kalau dibiarkan cas sambil ON, kuasa bateri akan jadi semakin menurun. Pelik kan? Macbook pelanggan kami ni sering digunakan untuk membuat kerja-kerja office dan online meeting. Cuba anda bayangkan, kalau tengah meeting dekat luar, jadi susah bila bateri cepat habis. Nak kena cari plug lagi. Pelanggan kami ni ambil keputusan untuk membawa Macbook ke kedai repair Mac Ampang untuk diagnos.


MACBOOK A1708 BATERI CEPAT HABIS / KONG
Proses memasang bateri Macbook

Technician kami di kedai repair Mac Ampang pun melakukan diagnos. Lepas selesai diagnos Macbook A1708 bateri cepat habis / kong ni, didapati Macbook ni perlu diganti bateri baru. 


MACBOOK A1708 BATERI CEPAT HABIS / KONG
Bateri baru Macbook A1708

MACBOOK A1708 BATERI CEPAT HABIS / KONG
Proses menyemak sistem untuk bateri baru

Selepas mendapat persetujuan pelanggan, technician kami di kedai repair Mac Ampang terus menukar bateri Macbook A1708 bateri cepat habis / kong ni. Tak sampai sehari, kami berjaya bantu menyelesaikan masalah pelanggan kami ni. Beliau sangat gembira sebab lepas ni kalau nak buat online meeting dekat luar dah tak perlu nak fikir pasal kat mana nak cari plug dan sebagainya. Boleh terus cas bateri penuh-penuh kat rumah.


MACBOOK A1708 BATERI CEPAT HABIS / KONG
Macbook A1708 sudah siap pemasangan bateri baru



-->>Mac anda pun ada masalah macam Macbook A1708 bateri cepat habis / kong??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC AMPANG?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...