Friday, August 7, 2020

[SOLVED] DELL INSPIRON 3437 CANT ON | REPAIR LAPTOP CHERAS


Kedai Repair Laptop Cheras menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant On

 

Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on. Pada minggu lalu, kedai repair Laptop Cheras didatangi seorang pelanggan yang mesra dipanggil En Sri Ganesh dengan membawa Laptop Dell Inspiron 3437.

 



Semasa En Sri Ganesh tiba di kedai repair Laptop Cheras, beliau mengeluarkan Laptop miliknya dari beg galas dan meluahkan masalahnya bahawa Laptop tersebut tidak boleh on. Beliau mengatakan bahawa sebelum ini laptop tersebut masih boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Keesokan harinya, apabila beliau ingin meneruskan kerjanya pada laptop itu, laptop tersebut tidak dapat on. Beliau menjadi panik kerana menyangka laptop itu sudah rosak, kerana sehari sebelumnya laptop itu masih boleh digunakan

Jadi, beliau mencari seribu satu jalan dengan melayari laman internet sehingga menjumpai kedai repair Laptop Cheras atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution Kuala Lumpur dan segera mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on miliknya itu.

Beliau memilih OK Computer Solution Kuala Lumpur kerana terbukti banyak artikel menarik serta  testimoni yang positif  dan perkhidmatan yang berkualiti ditawarkan . Harga yang ditawarkan disini juga sesuai dan berpatutan.

Setelah mendengar luahan En Sri Ganesh mengenai Laptop miliknya itu, Admin menjelaskan pada beliau mengikut pengalaman kami, masalah begini kebiasaanya berpunca daripada masalah hardisk ataupun masalah motherboard laptop itu sendiri yang mungkin telah berlaku litar pintas ataupun sesetengah bahagian pada motherboard perlu ditukar.

Selain masalah Dell Inspiron 3437 cant on ini, En Sri Ganesh turut meluahkan bahawa cd player pada laptop tidak berfungsi lansung menyebabkan beliau sukar untuk burn kerja – kerja penting ke dalam cd. Jadi, En Sri Ganesh meminta untuk memeriksa bahagian tersebut supaya beliau boleh mengunakan cd player itu kelak.


Jadi tanpa membuang masa, technician kami segera mendiagnose laptop itu seperti biasanya dan mendapati bahawa  terdapat kerosakan pada motherboard menjadi punca laptop itu tidak boleh dibuka. Techinician juga mendapati bahawa hard disk pada laptop ini sudah rosak dan perlu diganti. Masalah cd player tidak berfungsi juga berpunca daripada Cd player yang sudah tidak berfungsi dan juga perlu diganti.

Lalu, Admin menceritakan kepada En Sri Ganesh dengan penjelasan yang sangat jelas dan mudah difahami serta menawarkan harga yang berpatutan bagi kos repair motherboard, kos menukar cd player yang baharu. Admin juga mencadangkan agar pelanggan menukar kepada SSD sehingga beliau tertarik dan bersetuju.




Masalah kerosakkan pada Motherboard jarang berlaku pada masa kini. Perkara ini biasanya berpunca daripada masalah seperti  litar pintas / jatuh / water damage dan sebagainya. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya pengguna tidak sedar atau membiarkan bateri dicas sehingga terlupa atau overcharge melebihi had yang sepatutnya. Ini akan menjadi satu masalah kepada penguna laptop kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki masalah ini.



Jika dibiarkan masalah Dell Inspiron 3437 cant on ini berlanjutan, Pengguna tidak dapat melakukan kerja dengan sempurna. Tentunya banyak kerja yang akan tertunggak dan tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Tambahan pula, pengguna tidak mempunya laptop lain untuk meneruskan kerjanya  itu. 


 Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on, technician mengambil masa kurang  3 jam untuk menukar SSD dan CD player yang baharu.

Selepas itu, pengujian telah dilakukan sehingga masalah hard disk dan Cd player rosak dapat diatasai. Laptop juga sudah boleh dibuka selepas proses repair bahagian motherboard dilakukan.







Kini, En Sri Ganesh sudah tidak perlu risau akan masalah Dell Inspiron 3437 cant on atau masalah hard disk dan CD player lagi. Admin juga memberi tahu tips serta Langkah- Langkah yang harus dijaga supaya masalah motherboard ini tidak berlaku lagi dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

En Sri Ganesh mengucapakan ribuan terima kasih kerana telah membantu menyelesaikan masalah Dell Inspiron 3437 cant on serta masalah hard disk dan CD playernya. Apabila pelanggan kami berpuas hati dan gembira, kami di kedai repair Laptop Cheras juga turut gembira atas perkhidmatan yang kami berikan kepada mereka.



-->>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah cant on seperti Dell inspiron?


-->>Nak kami diagnose secara PERCUMA?


-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR laptop CHERAS?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

 011-6411 7084 (okcskl)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin

3 minit dari LRT Pandan Jaya

5 minit dari Sunway Velocity Mall

10 minit dari Pantai Hospital Ampang

11 minit dari MyTown Shopping Mall

12 minit dari Plaza Low Yat


No comments:

Post a Comment

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...