Wednesday, November 17, 2021

BEZA BATERI APPLE MACBOOK ORIGINAL DAN OEM | REPAIR MAC CHERAS

Kedai repair Mac Cheras berkongsi tips beza bateri Apple MacBook original dan OEM


Artikel ini membincangkan tentang perbezaan antara bateri Apple MacBook original dan bateri jenis OEM (replacement battery). Kebiasaannya bateri laptop mempunyai jangka hayat (lifespan) tertentu. Secara purata, bateri laptop mempunyai jangka hayat antara dua dan empat tahun (sekitar 1,000 cas penuh). Jumlah jangka hayat bergantung pada jenis bateri, cara anda mengendalikan laptop dan kekerapan anda menggunakan laptop anda. Selain itu, jika anda tidak menggunakan laptop dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan bateri kehilangan kapasiti dengan lebih cepat. Pastikan anda menggunakan bateri laptop dengan betul. Caranya adalah dengan mengecas bateri laptop bila kuasa bateri betul-betul sudah berkurangan atau lebih tepat bila laptop mengeluar arahan bateri sudah lemah. 



Sebagai pengguna Apple MacBook, anda mempunyai pilihan samada untuk menggantikan bateri Macbook original atau OEM. Perbezaan utama antara bateri Apple MacBook yang original dan bateri gantian (OEM), sudah tentu, harganya. Jadi, jika anda mendapatkan bateri berjenis OEM yang baik dan berkualiti, anda boleh berjimat tanpa perlu keluarkan lebih wang untuk mendapatkan yang original. 


repair macbook cheras
Apple MacBook Air


Selain itu, kelebihan mendapatkan bateri jenis OEM adalah kemungkinan anda akan berjumpa dengan bateri yang mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada yang asal. Dengan bateri Apple MacBook original, anda hanya boleh mendapatkan kapasiti yang sama. Kapasiti bateri yang tinggi mungkin juga boleh meningkatkan berat fizikal keseluruhan MacBook tetapi waktu penggunaan MacBook juga boleh jadi lebih lama dengan setiap pengecasan.


repair mac ampang
Contoh Bateri Original Apple MacBook


Dengan bateri OEM, anda tidak boleh mendapatkan jaminan kebolehpercayaan yang sama seperti yang anda akan dapat dengan bateri Apple MacBook yang original. Bergantung juga dari pengilang/pengeluar mana anda mendapatkan bateri OEM tersebut dan ia boleh bertahan seperti yang asal atau sebaliknya. Apple juga memberikan warranty apabila anda mendapatkan bateri original supaya anda boleh menukar bateri sekiranya ia mengalami kecacatan kilang. Walaubagaimanapun, Sesetengah pengilang/pengeluar bateri OEM juga turut memberikan waranty. Elakkan daripada penjual yang tidak memberikan sebarang waranty kerana anda mungkin mendapat produk yang rosak.


repair mac wangsa maju
Proses Mengganti Bateri Apple MacBook


Memilih antara bateri original dan bateri OEM boleh menjadi agak rumit. Di satu pihak, anda boleh menjimatkan wang, tetapi di sisi lain, anda juga mungkin tidak berpuas hati dengan apa yang anda peroleh. Jadi kesimpulannya, bateri OEM biasanya lebih murah berbanding bateri Apple MacBook original. Selain itu, bateri OEM juga boleh mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada bateri Apple MacBook original. 


-->>Bateri MacBook anda rosak?


-->>Nak diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC CHERAS?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03 - 4816 6107 - Zack (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)




Rujukan:
http://www.differencebetween.net/object/difference-between-original-apple-macbook-battery-and-replacement-battery/

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...