Friday, April 29, 2022

MASALAH NO BOOTABLE DEVICE LAPTOP | REPAIR LAPTOP AMPANG

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia kedai repair laptop ampang!!!.


tak lama lagi dah nak raya, persiapan raya korang macam mana??. 

dah siap ke?? . admin rasa tahun ni mesti meriahkan boleh balik kampung beraya bersama keluarga dan sanak saudara.

admin mengucapkan selamat hari raya dan semoga perjalan pulang anda selamat sahaja.


Baik disini admin nak up kan satu masalah baru iaitu  Masalah Laptop No Bootable Device.

Image result for laptop no bootable device



NO BOOTABLE DEVICE

No Bootable Device adalah satu pesanan/mesej atau notis yang muncul apabila operating system tak dapat dibaca oleh storage device laptop (kemungkinan disebabkan oleh hard disk yang bermasalah/rosak)

apakah punca masalah laptop no bootable device ni?
jom kita tengok dibawah.


Antara punca berlakunya masalah laptop no bootable device 


Terdapat pelbagai sebab/punca/faktor yang menyebabkan laptop mengeluarkan mesej no bootable device contohnya:-


1. Terdapat fail secara tidak sengaja terpadam dalam Sistem Operasi Windows

2. Kemungkinan Virus, Spyware atau Trojan telah masuk ke laptop

3. Masalah driver yang menyebabkan hard disk tak boleh membaca data.

4. Windows bermasalah/corrupt

5. Setting BIOS tidak tepat



Ada beberapa cara untuk kenalpasti/menyelesaikan masalah tersebut;

1. Safe Mode

👉🏽 On / hidupkan laptop ➡ Tekan F8 ( sesetengah laptop safe mode key mungkin berbeza)


Pilih Safe Mode, apabila laptop berjaya masuk ke      Windows akan ada loading yang tidak dapat dibaca oleh Windows dengan betul. 

Stop loading dengan menggunakan "MSconfig" (Start -> Run -> Msconfig)





2. Format / Repairing Windows

👉🏽 Masukkan CD installation windows kemudian ubah BIOS untuk Start-up via CD atau DVD-ROM. 

👉🏽 Selepas installation anda terus ke bahagian Install Windows dan pilih option Repairing Windows.

**anda boleh Install Windows ke Folder baru atau Format hard disk sekiranya proses Repairing Windows gagal
       
Image result for repairing windows



3. BIOS Default

👉🏽 Pastikan anda tidak mengubah apa-apa setting pada BIOS sebelum ini. 

👉🏽 Sekiranya anda pernah setting atau menukar dengan tidak sengaja, anda perlu setting semula ke BIOS yang asal. 

(Pilih Default BIOS Default)


Image result for bios default


⭐⭐ Sekiranya 3 cara tersebut masih gagal, besar kemungkinan ada perkakasan / part yang rosak. 

(kebiasaannya untuk masalah laptop no bootable device / tak boleh masuk windows adalah berpunca dari hard disk)




HARD DISK PUNCA MASALAH LAPTOP NO BOOTABLE DEVICE?

Image result for hard disk laptop rosak

Hard disk merupakan tempat penyimpanan data / storage data dalam sesebuah laptop. dan antara satu komponen yang paling penting sekali.

Cuba anda bayangkan semua data-data penting dalam laptop tiba-tiba hilang hanya disebabkan hard disk yang sudah rosak sehingga berlakunya masalah laptop no bootable device

parah tuu. boleh meletup kepala dibuatnya.


Antara tanda-tanda kerosakkan hard disk yang anda perlu tahu:

#1- Detection



Detection atau pengesanan dimana partition hard disk anda kadang-kadang dapat detect, kadang-kadang tidak. dan keluar mesej mesej seperti yang tertera:-


- Internal hard disk not found 
- No bootable device
- No device detacted
- Boot device not found
- Primary hard drive not found
- SMART failure predicted on hard disk


**Besar kemungkinan Hard Disk anda bermasalah

**Digalakkan backup data anda sebelum hard disk rosak sepenuhnya

Default Boot Device Missing or Boot Faild


No Boot Device Found



#2- Windows lambat


Pernah tak sakit hati bila tunggu windows nak startup pun tak masuk-masuk.

Dah lah banyak kerja / tugasan nak buat, laptop pulakkkk slow macam siput.


Bila buka words pun tunggu 10 minit baru loading.


Jika perkara ini berterusan besar kemungkinan hard disk anda bermasalah/rosak

Windows slow sangat


#3- Blue Screen


Blue screen ni terjadi dalam macam-macam situasi, Antaranya:


-On terus keluar blue skrin
-Dah start, window dah keluar tiba-tiba blue skrin
-Kadang-kadang tengah guna computer buat kerja, blue skrin

Macam mana blue screen?

Contoh blue screen pertama


Contoh blue screen kedua


Contoh blue screen ketiga



CARA MENGATASI MASALAH LAPTOP NO BOOTABLE DEVICE 


Apa nak buat bila jadi masalah macam ni?

Terdapat pelbagai juga cara untuk atasi masalah tersebut.

Tapi sebelum tu, adakah hard disk laptop masih okay?

Macam mana nak check / kenal pasti sama ada ianya masih ter-baca atau tak?


1. Periksa pada bahagian System Information BIOS


Image result for hard disk System Information BIOS


2. Test sambungkan hard disk tersebut ke laptop / desktop yang lain 


 keluarkan hard disk dari laptop untuk test dekat laptop yang lain.
sebaiknya minta bantuan yang lebih pakar supaya tidak berlaku kerosakkan yang lainnya


**Dah test sambungkan ke laptop / desktop lain tetapi masih tak boleh dibaca, kemungkinan besar hard disk tersebut ada Bad Sector. 

**Bila dah jadi macam ini, solution terbaik adalah tukar hard disk atau bertindak ke Solid State Drive (SSD)



3. Setup Boot Priority BIOS

Selain dari masalah hard disk tak boleh baca, ada juga kemungkinan salah setting Boot Priority BIOS.




Apa itu Boot Priority?

- Boot Priority adalah setup yang mengarahkan laptop untuk Boot Hardware secara berterusan.


Booting Hard Disk

kat sini admin bagi gambaran macam mana laptop korang bootup
  • Komputer ON → Harddisk yang mempunyai OS dapat dikesan → Loading Normal
Gambaran tersebut jika laptop berhasil loading system. 
Namun jika muncul No Bootable Device Found :
  • Komputer ON → Hardisk yang mempunyai os tidak dapat dikesan → No Bootable Device Found
Setting Boot Priority
  1. Nyalakan laptop 
  2. Paparan BIOS, klik F1 – F12 – DEL (Berbeza-beza)
  3. Kemudian cari dan masuk ke Boot Priority
  4. Setup Boot Priority hard disk dengan sistem kepada asal





4. Re-install windows
Install Ulang Windows
 Re-install Windows. 
Re-install Windows adalah bertujuan untuk mengatasi masalah laptop no bootable device / tak boleh masuk windows berpunca dari hard disk yang corrupt atau masuk Virus.

itulah sahaja yang admin dapat kongsikan pada pembaca semua. admin pasti ramai je yang mengalami masalah ini. jika anda mengalami masalah begini , cuba anda ikuti langkah - langkah atau tips yang admin beri diatas. kalau takboleh juga jangan risau kami boleh tolong anda.

-->>Nak diagnos secara percuma?


-->> Tercari-cari kedai Repair laptop Ampang?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 - zakwan (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)



ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...