Monday, November 28, 2022

[SOLVED] ACER E5-575 CANNOT CHARGE | REPAIR LAPTOP DESA PANDAN

Kedai repair laptop Desa Pandan menyelesaikan masalah laptop Acer E5-575 cannot charge.


Artikel ini membincangkan tentang masalah laptop Acer E5-575 cannot charge. Pada minggu lepas kami di kedai repair laptop Desa Pandan dikunjungi seorang pelanggan yang mempunyai masalah laptop beliau tak boleh nak masuk windows. Beliau juga beritahu yang laptop ni tak boleh nak cas bateri dan perlu menggunakan charger untuk ON.


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Laptop Acer E5-575 bateri tak boleh cas / bateri tak ditect oleh laptop

Macam biasa, technician kami di kedai repair laptop Desa Pandan buat diagnos terlebih dahulu laptop Acer E5-575 cannot charge ni. Semasa diperiksa, terdapat dua storage dalam laptop ni iaitu SSD dengan HDD biasa. SSD laptop ni takda masalah, akan tetapi HDD memang rosak teruk dan tak boleh nak diselamatkan. Bila kami diagnos lebih lanjut apa yang menyebabkan HDD tersebut rosak teruk, ini disebabkan laptop tak shutdown dengan betul. 


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Proses diagnos laptop Acer E5-575

Punca laptop tak shutdown dengan betul sebab pelanggan kami menggunakan laptop secara direct current. Waktu kita shutdown, kita rasa power dekat laptop dah tutup habis dan kita terus tutup plug atau cabut charger, walhal power masih ada. Maka HDD yang menggunakan konsep spinning platter ni akan terkejut. Bila shutdown mengejut ni berulang-ulang kali terjadi, ia boleh melumpuhkan storage HDD seterusnya boleh merosakkan. Nasib baik sistem windows berada dekat dalam SSD. Jadi kami hanya perlu bawa keluar HDD dan biarkan laptop running menggunakan SSD sahaja.


Di sini kita boleh nampak kelemahan yang terdapat dekat dalam HDD. HDD berfungsi dengan menggunakan spinning platter. Bila anda ON laptop, disk akan berpusing untuk membaca data. Berbeza dengan SSD yang mana ia menggunakan konsep memori flash sama seperti RAM. Jadi risiko untuk kehilangan data dekat SSD agak rendah berbanding HDD. Kami di kedai repair laptop Desa Pandan memberikan penyelesaian utama untuk laptop Acer E5-575 cannot charge ni iaitu dengan menukar bateri baru. 


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Bateri baru dan lama untuk laptop Acer E5-575


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Proses memasang bateri laptop yang baru


Untuk pengetahuan anda, laptop Acer E5-575 cannot charge ni menggunakan bateri dalam (built-in battery). Selepas bateri ditukar, semua berfungsi dengan baik. Kalau dulu laptop ni nak ON kena direct pakai charger, sekarang tak perlu lagi. HDD lama pun kami bawa keluar siap-siap. Masalah tak boleh nak masuk windows pun setel sekali. Pelanggan happy, kami di kedai repair laptop Desa Pandan turut bergumbira dapat bantu selesaikan! :)


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
Laptop Acer E5-575 yang sudah siap


REPAIR LAPTOP DESA PANDAN
En Akmal yang sangat berpuas hati


-->>Laptop anda pun ada masalah macam laptop Acer E5-575 cannot charge??


-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?


-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP DESA PANDAN?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-4816 6107 / 011-6411 7084 

(Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...