Kedai repair Mac KL berkongsi tentang ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura.
Artikel ini membincangkan tentang ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura. Untuk pengetahuan anda, syarikat Apple telahpun mengumumkan generasi terbaru MacOS iaitu Ventura selepas kali terakhir MacOS Monterey dilancarkan pada Oktober 2021. Kami di kedai repair Mac KL nak kongsikan dengan anda beberapa ciri baharu yang terdapat dalam MacOS Ventura ni. Jom!
1. Continuity Camera
Antara ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura adalah continuity camera. Pengguna iPhone boleh menjadikan kamera mereka sebagai webcam pada Macbook. Ciri ini boleh disambungkan samada menggunakan cable atau wireless. Jika anda menyambung menggunakan wireless, anda hanya perlu dekatkan iPhone anda dengan Macbook, secara automatik input webcam Macbook akan beralih ke kamera iPhone. Dalam continuity camera juga, terdapat beberapa ciri inovasi lain seperti Potrait Mode, Studio Light, jadikan iPhone anda sebagai mikrofon pada Mac, Centre Stage yang mana anda boleh sesuaikan atau selaraskan frame kamera berada ditengah jika anda sedang bergerak-gerak dan Desk View (hanya support lensa ultrawide iPhone 11 ke atas).
2. Stage Manager
Sumber gambar Apple.com |
Ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura juga terdapat Stage Manager. Jika anda sedang melakukan beberapa kerja dekat iMac / Macbook dalam satu masa, anda boleh asingkan paparan menggunakan ciri ini dengan meletakkan semua aplikasi yang tengah anda buka / guna di sebelah tepi skrin. Dengan mengguna ciri ini, ianya akan meningkatkan lagi produktiviti ketika anda sedang melakukan kerja dalam iMac / Macbook.
3. Passkeys
Sumber gambar Apple.com |
Passkeys akan menggantikan kata laluan (password) dengan kaedah log masuk yang lebih mudah dan selamat. Passkeys juga menggunakan ciri seperti Touch ID atau Face ID dan diselaras menggunakan end-to-end enrypted di seluruh peranti Apple seperti iMac, Macbook, iPhone dan iPad melalui iCloud Keychain. Dengan kata mudah difahaminya, kalau anda masuk ke dalam website yang memerlukan password, password tersebut takkan tersimpan dalam sesebuah website dengan mudah dan boleh mengelakkan phishing (pancingan data).
4. Safari Browser
Tidak terkecuali dengan Safari, ada juga beberapa ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura ini. Antara inovasi terkini dalam Safari adalah anda dapat berkongsi tab browser yang anda sedang akses dengan pengguna yang lain dalam masa yang sama. Ciri ini dinamakan Shared Tab Group. Semua pengguna dalam group ini boleh membuat bookmark untuk kegunaan bersama. Banyak lagi ciri lain seperti penambahan terjemahan bahasa, terjemahan tulisan dalam gambar menggunakan Live Text dan lain-lain lagi.
5. FaceTime
Dalam FaceTime juga terdapat ciri baharu seperti Handoff dalam FaceTime. Bahasa mudahnya, FaceTime mendapat sokongan lepas tangan yang mana anda boleh menukar panggilan FaceTime dari satu peranti ke peranti yang lain dengan mudah. Sebagai contoh anda sedang menggunakan FaceTime melalui iPhone, kemudian anda ingin beralih ke Macbook tanpa perlu tamatkan panggilan anda.
6. Pengalaman bermain Game
Sumber gambar Apple.com |
Dengan teknologi Metal 3 dan MetalFX Upscaling menjadikan pengalaman bermain game di iMac dan Macbook lebih menyeronokkan. Menurut Apple, pelbagai jenis game termasuk 'Resident Evil Village' oleh pembangun Capcom akan memanfaatkan teknologi ni. Dalam bahasa mudah, setiap game yang berat atau kompleks akan terasa lebih pantas dan responsif. Bagus kan? Kami di kedai Mac KL turut teruja!
7. iCloud Shared Photo Library
Ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura juga anda boleh berkongsi gambar melalui iCloud sehingga ke 5 orang pengguna yang lain. Anda boleh pilih gambar yang nak dikongsi menggunakan penapis pintar seperti bermula hanya selepas tarikh waktu tertentu ataupun menggunakan padanan wajah untuk berkongsi gambar yang mengandungi orang tertentu sahaja. Semua gambar boleh diselenggara atau diedit oleh semua pengguna lain yang anda dah kongsikan tadi.
8. Mail / Messages
Terdapat pelbagai inovasi dalam mail / messages, salah satunya anda boleh edit semula mesej yang sudah dihantar disamping penerima boleh melihat rekod suntingan tersebut. Anda juga boleh tandakan mesej sebagai 'unread' jika anda tak berkesempatan untuk membalas dan ingin membalasnya pada waktu tertentu. Mesej-mesej yang sudah dipadam juga boleh direcovery semula dalam tempoh 30 hari selepas mesej dipadam. Untuk Mail pula, anda boleh setkan terus masa tertentu untuk dihantar dan anda juga boleh setkan reminder untuk emel yang sudah dibuka untuk anda reply di waktu yang lain.
Contoh Macbook yang sudah siap install MacOS Ventura |
Banyak lagi ciri baharu (features) dalam MacOS Ventura ni sebenarnya, takpa kami di kedai repair Mac KL akan share link sumber rujukan untuk bacaan tambahan anda. Semoga bermanfaat! - Repair Mac KL
-->>Mac anda ada masalah?
-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?
-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC KL?
03-4816 6107 / 011-6411 7084
(Whatsapp pun boleh)
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Rujukan:
https://www.apple.com/my/macos/ventura/features/
https://www.idntimes.com/tech/gadget/alfonsus-adi-putra-2/apple-luncurkan-macos-ventura?page=all
https://www.ehgajet.com/macos-ventura-rangkuman-ciri-ciri-baharu.html
No comments:
Post a Comment