Monday, December 13, 2021

NAK LAPTOP LAJU, UPGRADE RAM ATAU SSD? | REPAIR LAPTOP AMPANG

 

Upgrade RAM vs SSD, yang mana perlu upgrade?




Random Access Memory (RAM) dan juga Solid State Drive (SSD) selalu menjadi satu pilihan ramai tatkala nak upgrade laptop. Namun begitu, yang manakah upgrade yang sesuai dengan laptop anda?.






RAM vs SSD, mana satu nak pilih ? upgrade RAM ke? upgrade SSD ke?.

jom admin terangkan pasal  upgrade RAM dulu. Random Access Memory (RAM) adalah upgrade laptop yang anda boleh lakukan. Tapi, tiada sebarang kelebihan besar jika anda upgrade RAM. Sebabnya ialah ia tidak akan melajukan sebarang software pada laptop anda.




Upgrade RAM laptop juga tidak akan meningkatkan performance untuk bermain game. Upgrade RAM laptop hanya sesuai untuk mereka yang run banyak gila program dalam satu masa (multitasking). Ia juga sesuai untuk mereka yang nak gunakan Adobe Photoshop, editing video. 

Kesemua software ini memerlukan kapasiti RAM yang besar. tak percaya?. cuba tengok RAM laptop designer atau editor. berapa besar RAM dalam laptop diorang.

Laptop masa kini datang dengan 4GB standard RAM. pada admin 4GB itu just nice untuk kerja-kerja biasa dan pejabat. laptop macam ni biasa ada 'reserved slot' jika kita nak tambah RAM.

Senang sahaja nak tahu kena upgrade RAM atau tak.

Cara untuk lihat samada RAM perlu upgrade atau tidak:

Buka software yang anda selalu gunakan. Contohnya jika anda gunakan phtoshop dan dalam masa yang sama anda gunakan Google Chrome, buka kedua-duanya sekali. Jika anda jenis yang buka 10 aplikasi sekaligus, buka kesepuluh aplikasi sekali.

Minimize software tersebut setelah dibuka

- Tekan serentak Ctrl + Alt + Del

Lihat carta memory (jika ianya tidak sampai 80% belum sempai lagi masa anda untuk upgrade kerana ianya masih mencukupi)




RAM vs SSD, upgrade Solid State Drive?


Solid State Drive (SSD) adalah upgrade yang sangat disyorkan kepada anda yang nak upgrade laptop. Apa yang berubah bila laptop upgrade ke SSD? Antara perubahan performance yang berubah bila anda upgrade SSD ialah:

- Boot lebih cepat (hanya beberapa saat sahaja untuk boot masuk ke Windows). Lebih cepat berbanding Hard Disk Drive (HDD)

-  Transfer fail atau dokumen dengan lebih cepat

- Format drive dengan lebih cepat

- Buka sesuatu software dengan lebih laju


Antara kelebihan lain bila pakai SSD:

- Lebih tahan lama untuk simpan data


- Tahan lasak berbanding HDD (laptop kalau terhentak memang risiko tinggi untuk HDD rosak)

- Tak menggunakan banyak power (jimat battery laptop)

- Senyap/Tiada bunyi bising terhasil berbanding HDD

- Saiz yang lebih kecil dan ringan


jadi ?? RAM vs SSD, yang mana patut anda upgrade?


admin menyarankan korang untuk upgrade laptop yang masih menggunakan storage HDD kepada SSD kerana itu lebih berbaloi. lepas je upgrade SSD korang akan rasakan satu perubahan yang sangat ketara tau!!.

Anda minat kelajuan, pindah fail laju dan segalanya laju dan bosan dengan laptop yang makin lama, makin slow? Upgrade kepada SSD. 

Jika anda pengguna photoshop, video editing atau virtual machine disarankan upgrade kedua-duanya sekali jika ada bajet lebih.



-->>Nak diagnos laptop secara percuma?


-->> Tercari-cari kedai Repair Laptop Ampang?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03 - 4816 6107 - Zakwan (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)




No comments:

Post a Comment

ARTIKEL PILIHAN

FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

  FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop.  Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...