Haii semua!!! apa khabar yang sedang membaca ?? admin disini baik2 sahaja hehe..
Dalam artikel kali ini admin nak bercerita sikit pasal bateri macbook kesayangan korang tu. mesti ada antara korang yang perasan kenapa bateri macbook tak tahan lama kan?.
Biasanya bila dah mengadap macbook tu bertahun - tahun , mesti korang ada terperasan "kenapa bateri macbook ni cepat drain eh?.",
" kenapa mcm sekejap - sekejap kena charge eh?".
" kenapa keluar ' service bateri ' ni eh"?.
haa bermacam - macam " eh " ada kan..
kami di kedai repair mac cheras, selalu juga dapat kes - kes macam ni daripada pelanggan kami. ada yang lagi teruk bateri tu sampai kembung baru datang untuk check keadaan bateri tu tauu.
jadi harini admin nak share kan sikit kenapa bateri macbook korang tak tahan lama. admin juga akan ceritakan punca - punca yang sebabkan bateri tak tahan lama.
Soo apa yang menyebabkan bateri macbook tak tahan lama??.
jom tengok kat bawah ni..
_______________________________________________________
1) OVERCHARGE
- biasalah kita ni bila pakai laptop , mesti ada yang terlupa cabut charger kan?. bateri dah full ni, tapi masih juga tak cabut charger tu, kita biar jekan. Bahaya tu korangg.. tu salah satu penyumbang utama kenapa bateri macbook korang tak tahan lama tau. boleh menyebabkan bateri cepat rosak dan kemungkinan untuk kembung.
2) GUNA LAPTOP MASA CHARGING.
- bukan tak boleh guna laptop sambil charge, admin faham ramai yang perlu guna waktu tu juga. tapi jangan selalu ya tuan puan. tak digalakkan untuk guna sambil charge. bateri boleh jadi lagi cepat panas dan lambat untuk naik. bateri macbook ni ada cycle count dia juga. kena berjaga - jaga tau.
3) BATERI TAK ORI / SECOND HAND
- bagi pengguna yang baru tukar bateri atau yang baru nak tukar bateri baca betul-betul yang ni. penting tau!!
bila dengar je tak ori atau secondhand reject la siap-siap. banyak masalah yang boleh berlaku bila kita beli bateri jenis macam ni. seboleh - bolehnya elakkan beli bateri tak ori. walaupon yang ori tu mahal sikit dari biasa, tapi apalah sangat kalau untuk laptop yang tersayangkan? nak pakai lama tuu.
4) JANGAN PAKAI ATAS PERMUKAAN LEMBUT
- ni pon salah satu punca jugak. mesti ada antara kita yang pakai laptop sampai berjam lamanya kan. dari posisi duduk , sakit pinggang pulak kerja banyak nii, sambung baring la pulak. bawak macbook pergi kat katil.
jangan ya tuan puan, permukaan lembut ni tak baik untuk macbook kita, macbook kita akan jadi lagi cepat panas. bila panas bukan sahaja effect kat bateri tauu, dia boleh effect motherboard juga tauu. jadi elakkan dari letak dekat bantal atau pon tilam.
_________________________________________
haa tulah antara punca yang sering menyebabkan bateri macbook tak tahan lama. kalau boleh elakkan dari pada membuat perkara - perkara yang disebutkan di atas.
sayang Macbook korang mcm mana korang sayang diri sendiri tauu.
admin bagitau ni untuk selamatkan duit korang jugak hihi ^ .^
itu sahaja lah perkongsian admin pada hari ini, moga bermanfaat untuk pembaca setia kedai repair mac cheras.
No comments:
Post a Comment