Wednesday, December 8, 2021

TIPS BAGI LAPTOP BARU BOLEH PAKAI LAMA | REPAIR LAPTOP AMPANG


 HI SEMUA !!!. 

Waktu - waktu sekarang ni banyak keluaran laptop baru di pasaran kan?. spesifikasi laptop pon ada pelbagai sesuai dengan kehendak pengguna zaman sekarang. ada yang untuk gaming, editing , designing, dan macam - macam lagi. mesti rambang mata nak pilih yang sesuai untuk kegunaan diri kannn.


Ada pengguna yang nak beli laptop untuk online class , kegunaan pejabat dan sebagainya. harga juga tidak lah murah mengikut spefikasi sendiri. jadi kena jaga laptop tu betul - betul sebab bila rosak nanti kita juga yang susah kan. kos untuk repair laptop juga sudah tentu mahal. kita nak pakai lama tau laptop ni tuan puan.


Jadi dalam artikel kalini kedai repair laptop Ampang nak share kan tips untuk korang semua, tips macam mana nak bagi laptop baru boleh pakai lama. 

kalau korang ikut tips - tips yang kami share kan ini, tak mustahil laptop korang tu boleh pakai sampai 10 tahun, tanpa masalah tauu.


penat jugak baca panjang -panjang kan jadi jom admin share apa tips-tips bagi laptop baru boleh pakai lama.


6 Tips Bagi Laptop Baru boleh pakai lama


1) KEBERSIHAN LAPTOP.

Biasalah kita bila ada barang yang baru beli mesti kita jaga dengan baik betul tak?. tapi bila dah lama? penjagaan pon tah kemana kan.

jangan begitu, jaga lah dia macam mana kita jaga dia masa mula-mula beli dulu.



gunakan laptop anda ditempat yang tak berdebu dan bersih. pastikan bilik anda tu atau ruang disekitar meja kerja mempunyai pengudaraan yang baik. 

jangan sesekali makan atau minum berdekatan dengan laptop anda. bukan apa, kalau jadi sesuatu yang tak diingin macam air tumpah atas laptop anda kan dah jadi satu hal. kos untuk repair laptop sahaja boleh mencecah ratusan ringgit. sangat tak berbaloi ye tuan puan, disebabkan kecuaian sendiri kena keluar duit lebih untuk repair laptop.


anda pencinta kucing?, jangan bagi dia dekat dengan laptop. bukan apa admin banyak tengok kucing main - main dan kacau tuan masa tengah buat kerja kan. seeloknya jauhkan ia dari bermain berdekatan laptop. bulu kucing sangat mudah masuk kedalam laptop dan menyebabkan kipas tersumbat. laptop boleh jadi cepat panas tau kalau kipas tersumbat.


2) SIMPAN DENGAN BETUL SELEPAS GUNA.

benda ni yang selalu kita terlepas pandang betul tak? 

bila kita dah habis pakai laptop tu, pastikan kita simpan ia dengan betul. jangan tindih laptop macam gambar diatas, pastikan juga tiada benda asing lain pada bahagian atas masa nak tutup laptop itu. 

ini bagi menjaga skrin supaya tak mudah retak atau calar.


tutup laptop guna kedua belah tangan pada bucu laptop, ini bagi mengurangkan pressure pada bahagian hinge laptop untuk mengelakkan jadi macam gambar diatas.


3) KEYBOARD DAN SKRIN.


sentiasalah membersihkan habuk dan kotoran pada keyboard dan skrin anda. jangan biarkan habuk berkumpul pada skrin dan keyboard tau, ini akan menyebabkan laptop anda nampak kotor dan tidak kemas. selain itu, ia juga menJadi punca laptop cepat panas. jadi kena rajin - rajin bersihkan laptop anda.


4) PENJAGAAN BATERI

Hanya gunakan charger  yang didatangkan bersama-sama dengan laptop anda. Elakkan menggunakan charger daripada jenama dan model laptop yang lain.

Simpan Laptop anda di tempat yang sejuk dan kering. Suhu yang disyorkan adalah dari 10°C (50°F) ke 30°C (86°F).

Suhu yang tinggi akan menyebabkan bateri kehilangan cas dengan lebih pantas.

panduan membeli laptop baru


Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka hayat bateri anda.

Untuk bateri yang tidak boleh ditanggalkan (non-removable battery) anda digalakan guna cooling fan.

Jangan sesekali biarkan cas bateri tersebut kosong dan terlalu penuh.

cas bateri mengikut keperluan dan cabut sekiranya sudah sampai tahap yang memuaskan. ( 90% dah boleh cabut)

kalau kita biarkan bateri tu overcharge terlalu lama kesihatan bateri itu sendiri akan terganggu.


5) ANTIVIRUS DAN BACKUP PLAN


laptop baharu masa kini sudah datang sekali dengan antivirus . antivirus ini sangat penting untuk melindungi perisian laptop anda dan juga data penting. pastikan antivirus sentiasa running untuk menangkis serangan virus dan mencegah kehilangan data peribadi.


salah satu cara lain juga adalah dengan membuat backup data dan simpan di tempat lain. kita tidak tahu bila akan terjadi kehilangan data. bak kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan".


6) SERVIS MENGIKUT WAKTU.

ramai dari pengguna laptop masa kini tidak sedar akan perkara ini. 

laptop baru atau lama sepatutnya diservice 1 atau 2 tahun sekali bagi menjaga prestasi laptop kesayangan anda.


service ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dan prestasi laptop agar kekal optimum. perasan tak bila dah 2 tahun atau 3 tahun kita guna laptop kita, dia jadi cepat panas atau makin slow?. itu tanda nya laptop kita dah patut kena servis.


admin mengalakkan anda untuk hantar laptop anda ke kedai untuk service total bagi menjaga prestasi laptop. admin yakin jika anda service laptop ' ontime', nak pakai laptop tu 10 tahun pon tak de masalah tauu.


amacam tips yang admin kongsikan tu?. tak susah kan nak jaga laptop kita?. mudah sahaja sebenarnya nak bagi laptop baru boleh tahan lama. caranya jangan lepas lansung tips tips yang diberikan diatas.



-->>Nak diagnos laptop secara percuma?


-->> Tercari-cari kedai Repair Laptop Ampang?


Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03 - 4816 6107 - Zakwan (Whatsapp pun boleh)


Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


No comments:

Post a Comment

ARTIKEL PILIHAN

MSI GF63 THIN 11SC SCREEN GILTCH | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR

Kedai repair laptop Kuala Lumpur menyelesaikan masalah model MSI GF63 Thin 11SC yang mengalami screen glitch berwarna ungu. Beberapa hari l...