PUSAT REPAIR LAPTOP CHERAS
Wednesday, December 22, 2021
[SOLVED] LAPTOP HP SYSTEM FAN ERROR | REPAIR LAPTOP CHERAS
Wednesday, December 15, 2021
Cara Lajukan Laptop Yang SLOW | REPAIR LAPTOP AMPANG
Assalamualaikum / salam sejahtera kepada semua pembaca repair laptop ampang.
Admin nak tanya berapa ramai pengguna kat sini yang masih pakai lagi laptop lama?. mesti laptop lama korang tu ada ' sentimental value' untuk korang kan? . ada yang dapat hadiah laptop pertama, hadiah dari kawan / ibubapa, anda beli laptop tu dengan gaji pertama anda, betul tak??.
selama anda pakai laptop anda tu, ada tak masalah seperti slow, kerap hang dan senang shutdown?. mestilah ada kann. TAPI, korang tak perlu risau. kat sini admin akan terangkan macam mana cara untuk lajukan laptop lama yang slow tu. mudah sahaja caranya, ada yang tak perlu keluar kan kos pon tau. jom kita tengok caranya.
ini salah satu cara yang berkesan untuk lajukan laptop yang lembap , tapi tak semua laptop lama yang mempunyai function ini.
alternative lain juga adalah dengan memindahkan data yang anda sayang ke pendrive. ini juga bagi tujuan keselamatan sekiranya berlaku kehilangan pada masa akan datang.
PENTING!!!. upgrade kepada SSD adalah cara yang paling berkesan dan juga mempunyai perubahan yang paling ketara dalam melajukan laptop yang slow. ini adalah berdasarkan pengalaman kami selama 10 tahun di dalam bidang ini.
jadi pembaca yang mempunyai laptop yang slow tu boleh try cara- cara yang admin bentang kan diatas. semoga artikel ini memberi manfaat kepada yang membaca ^.^
-->>Nak diagnos laptop secara percuma?
-->> Tercari-cari kedai Repair Laptop Ampang?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03-4816 6107 - Zakwan (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Monday, December 13, 2021
NAK LAPTOP LAJU, UPGRADE RAM ATAU SSD? | REPAIR LAPTOP AMPANG
Upgrade RAM vs SSD, yang mana perlu upgrade?
jom admin terangkan pasal upgrade RAM dulu. Random Access Memory (RAM) adalah upgrade laptop yang anda boleh lakukan. Tapi, tiada sebarang kelebihan besar jika anda upgrade RAM. Sebabnya ialah ia tidak akan melajukan sebarang software pada laptop anda.
Upgrade RAM laptop juga tidak akan meningkatkan performance untuk bermain game. Upgrade RAM laptop hanya sesuai untuk mereka yang run banyak gila program dalam satu masa (multitasking). Ia juga sesuai untuk mereka yang nak gunakan Adobe Photoshop, editing video.
Kesemua software ini memerlukan kapasiti RAM yang besar. tak percaya?. cuba tengok RAM laptop designer atau editor. berapa besar RAM dalam laptop diorang.
Laptop masa kini datang dengan 4GB standard RAM. pada admin 4GB itu just nice untuk kerja-kerja biasa dan pejabat. laptop macam ni biasa ada 'reserved slot' jika kita nak tambah RAM.
Senang sahaja nak tahu kena upgrade RAM atau tak.
Cara untuk lihat samada RAM perlu upgrade atau tidak:
- Minimize software tersebut setelah dibuka
- Tekan serentak Ctrl + Alt + Del
- Lihat carta memory (jika ianya tidak sampai 80% belum sempai lagi masa anda untuk upgrade kerana ianya masih mencukupi)
- Boot lebih cepat (hanya beberapa saat sahaja untuk boot masuk ke Windows). Lebih cepat berbanding Hard Disk Drive (HDD)
- Transfer fail atau dokumen dengan lebih cepat
- Format drive dengan lebih cepat
- Buka sesuatu software dengan lebih laju
Antara kelebihan lain bila pakai SSD:
- Lebih tahan lama untuk simpan data
- Tahan lasak berbanding HDD (laptop kalau terhentak memang risiko tinggi untuk HDD rosak)
- Tak menggunakan banyak power (jimat battery laptop)
- Senyap/Tiada bunyi bising terhasil berbanding HDD
- Saiz yang lebih kecil dan ringan
Anda minat kelajuan, pindah fail laju dan segalanya laju dan bosan dengan laptop yang makin lama, makin slow? Upgrade kepada SSD.
Jika anda pengguna photoshop, video editing atau virtual machine disarankan upgrade kedua-duanya sekali jika ada bajet lebih.
-->>Nak diagnos laptop secara percuma?
-->> Tercari-cari kedai Repair Laptop Ampang?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03 - 4816 6107 - Zakwan (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Wednesday, December 8, 2021
TIPS BAGI LAPTOP BARU BOLEH PAKAI LAMA | REPAIR LAPTOP AMPANG
HI SEMUA !!!.
Waktu - waktu sekarang ni banyak keluaran laptop baru di pasaran kan?. spesifikasi laptop pon ada pelbagai sesuai dengan kehendak pengguna zaman sekarang. ada yang untuk gaming, editing , designing, dan macam - macam lagi. mesti rambang mata nak pilih yang sesuai untuk kegunaan diri kannn.
Ada pengguna yang nak beli laptop untuk online class , kegunaan pejabat dan sebagainya. harga juga tidak lah murah mengikut spefikasi sendiri. jadi kena jaga laptop tu betul - betul sebab bila rosak nanti kita juga yang susah kan. kos untuk repair laptop juga sudah tentu mahal. kita nak pakai lama tau laptop ni tuan puan.
Jadi dalam artikel kalini kedai repair laptop Ampang nak share kan tips untuk korang semua, tips macam mana nak bagi laptop baru boleh pakai lama.
kalau korang ikut tips - tips yang kami share kan ini, tak mustahil laptop korang tu boleh pakai sampai 10 tahun, tanpa masalah tauu.
penat jugak baca panjang -panjang kan jadi jom admin share apa tips-tips bagi laptop baru boleh pakai lama.
6 Tips Bagi Laptop Baru boleh pakai lama
1) KEBERSIHAN LAPTOP.
Biasalah kita bila ada barang yang baru beli mesti kita jaga dengan baik betul tak?. tapi bila dah lama? penjagaan pon tah kemana kan.
jangan begitu, jaga lah dia macam mana kita jaga dia masa mula-mula beli dulu.
gunakan laptop anda ditempat yang tak berdebu dan bersih. pastikan bilik anda tu atau ruang disekitar meja kerja mempunyai pengudaraan yang baik.
jangan sesekali makan atau minum berdekatan dengan laptop anda. bukan apa, kalau jadi sesuatu yang tak diingin macam air tumpah atas laptop anda kan dah jadi satu hal. kos untuk repair laptop sahaja boleh mencecah ratusan ringgit. sangat tak berbaloi ye tuan puan, disebabkan kecuaian sendiri kena keluar duit lebih untuk repair laptop.
anda pencinta kucing?, jangan bagi dia dekat dengan laptop. bukan apa admin banyak tengok kucing main - main dan kacau tuan masa tengah buat kerja kan. seeloknya jauhkan ia dari bermain berdekatan laptop. bulu kucing sangat mudah masuk kedalam laptop dan menyebabkan kipas tersumbat. laptop boleh jadi cepat panas tau kalau kipas tersumbat.
2) SIMPAN DENGAN BETUL SELEPAS GUNA.
benda ni yang selalu kita terlepas pandang betul tak?
bila kita dah habis pakai laptop tu, pastikan kita simpan ia dengan betul. jangan tindih laptop macam gambar diatas, pastikan juga tiada benda asing lain pada bahagian atas masa nak tutup laptop itu.
ini bagi menjaga skrin supaya tak mudah retak atau calar.
tutup laptop guna kedua belah tangan pada bucu laptop, ini bagi mengurangkan pressure pada bahagian hinge laptop untuk mengelakkan jadi macam gambar diatas.
3) KEYBOARD DAN SKRIN.
sentiasalah membersihkan habuk dan kotoran pada keyboard dan skrin anda. jangan biarkan habuk berkumpul pada skrin dan keyboard tau, ini akan menyebabkan laptop anda nampak kotor dan tidak kemas. selain itu, ia juga menJadi punca laptop cepat panas. jadi kena rajin - rajin bersihkan laptop anda.
4) PENJAGAAN BATERI
Hanya gunakan charger yang didatangkan bersama-sama dengan laptop anda. Elakkan menggunakan charger daripada jenama dan model laptop yang lain.
Simpan Laptop anda di tempat yang sejuk dan kering. Suhu yang disyorkan adalah dari 10°C (50°F) ke 30°C (86°F).
Suhu yang tinggi akan menyebabkan bateri kehilangan cas dengan lebih pantas.
Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka hayat bateri anda.
Untuk bateri yang tidak boleh ditanggalkan (non-removable battery) anda digalakan guna cooling fan.
Jangan sesekali biarkan cas bateri tersebut kosong dan terlalu penuh.
cas bateri mengikut keperluan dan cabut sekiranya sudah sampai tahap yang memuaskan. ( 90% dah boleh cabut)
kalau kita biarkan bateri tu overcharge terlalu lama kesihatan bateri itu sendiri akan terganggu.
5) ANTIVIRUS DAN BACKUP PLAN
salah satu cara lain juga adalah dengan membuat backup data dan simpan di tempat lain. kita tidak tahu bila akan terjadi kehilangan data. bak kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan".
6) SERVIS MENGIKUT WAKTU.
ramai dari pengguna laptop masa kini tidak sedar akan perkara ini.
laptop baru atau lama sepatutnya diservice 1 atau 2 tahun sekali bagi menjaga prestasi laptop kesayangan anda.
service ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dan prestasi laptop agar kekal optimum. perasan tak bila dah 2 tahun atau 3 tahun kita guna laptop kita, dia jadi cepat panas atau makin slow?. itu tanda nya laptop kita dah patut kena servis.
admin mengalakkan anda untuk hantar laptop anda ke kedai untuk service total bagi menjaga prestasi laptop. admin yakin jika anda service laptop ' ontime', nak pakai laptop tu 10 tahun pon tak de masalah tauu.
amacam tips yang admin kongsikan tu?. tak susah kan nak jaga laptop kita?. mudah sahaja sebenarnya nak bagi laptop baru boleh tahan lama. caranya jangan lepas lansung tips tips yang diberikan diatas.
-->>Nak diagnos laptop secara percuma?
-->> Tercari-cari kedai Repair Laptop Ampang?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03 - 4816 6107 - Zakwan (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Tuesday, December 7, 2021
TIPS DAN TRIK PENJAGAAN SKRIN LAPTOP | REPAIR LAPTOP AMPANG
Kain lap yang kasar juga turut akan meninggalkan lagi kesan lebih teruk sehingga boleh mencalarkan screen laptop.
Oleh itu, gunakan kain microfiber yang sesuai untuk menghapuskan/membersihkan segala kotoran habuk yang ada pada screen.
2) Gunakan kain microfiber (microfiber cloth)
* Jangan rendamkan kain dalam air kerana kain yang terlalu basah boleh meninggalkan titisan pada skrin
* Jangan terus membasahkan screen kerana semburan air terus pada screen laptop akan meningkatkan peluang air masuk ke dalam laptop sehingga merosakkan komponen yang lainnya.
* Jangan sekali-kali gosok screen anda dengan menggunakan berus gigi, kertas tisu, kertas tandas atau kain lain untuk membersihkan screen.
-->>Nak diagnos laptop secara percuma?
-->> Tercari-cari kedai Repair Laptop Ampang?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03 - 4816 6107 - Zakwan (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Saturday, December 4, 2021
[SOLVED] QUESTION MARK FOLDER ON MACBOOK | REPAIR MAC AMPANG
Kedai repair Mac Ampang menyelesaikan masalah 'question mark folder on macbook' atau bahasa Malaysia, macbook keluar tanda soal.
Artikel ini membincangkan tentang question mark folder on macbook (macbook keluar tanda soal). Kami di kedai repair mac Ampang banyak menerima kes seperti ini. Biasanya ia berlaku masa mula-mula nak ON macbook, kemudian terus tak boleh nak masuk ke sistem OS.
a flashing question mark folder (macbook keluar tanda soal) |
Baru-baru ini, kami di kedai repair mac Ampang ada menerima sebuah MacBook Pro dengan masalah question mark folder on macbook (macbook keluar tanda soal). Tuan punya macbook ni maklumkan perkara ini terjadi selepas beliau tutup skrin terus tanpa properly shutdown. Keesokan harinya, bila nak buka semula, terus jadi masalah macam ni. Dah la banyak kerja yang nak kena disiapkan. Habis semuanya tergendala.
Tukar storage SSD baru |
Untuk pengetahuan anda, banyak faktor yang menjadi punca terjadinya masalah question mark folder on macbook (macbook keluar tanda soal). Antaranya seperti cable storage rosak, OS corrupted ataupun storage HDD/SSD rosak. Oh ya, berbalik dengan masalah tuan punya macbook tadi, setelah technican kami di kedai repair mac Ampang selesai diagnos, ternyata memang masalah ni berpunca daripada storage HDD/SSD. Jadi penyelesaiannya, kami sarankan untuk beliau tukarkan terus storage yang baru.
MacBook sudah siap |
En Rasidi berpuas hati MacBook sudah siap |
Oleh sebab tuan punya macbook ni nak cepat, kami di kedai repair mac Ampang sedaya upaya menyelesaikan masalah question mark folder on macbook (macbook keluar tanda soal) tak sampai 2 hari sudah siap. Tuan punya macbook sangat gembira sebab dapat menyambung semula kerja yang tertunggak.
-->>Question mark folder on Macbook?
-->>Nak diagnos secara PERCUMA?
-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC AMPANG?
03 - 4816 6107 - Zack (Whatsapp pun boleh)
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
ARTIKEL PILIHAN
FUNGSI COOLING PAD LAPTOP | REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR
FUNGSI COOLING PAD LAPTOP Artikel ini membincangkan tentang fungsi cooling pad laptop. Kedai repair laptop Kuala Lumpur akan berkongsi ke...
-
Asalamualaikum / selamat sejahtera. haa harini admin nak bincang sikit masalah yang lazim jadi pada laptop kesayangan kita ini. artikel sebe...
-
KEDAI REPAIR LAPTOP CHERAS MENYELESAIKAN MASALAH BATERI KEMBUNG LAPTOP DELL. Pada artikel kali ini admin mahu membincangkan tentang masalah ...
-
Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah cable charger macbook putus . Pada minggu lalu, seorang pelanggan kami telah datang...