![]() |
Servis laptop |
Apa maksud servis laptop?
Maksud servis laptop ialah membersihkan bahagian dalam laptop/pc dan mencuci fan dengan bersihkan dan buang segala habuk/kotoran yang berada di sekitar fan. Seterusnya, lapisan thermal paste yang sudah kering akan digantikan dengan lapisan yang baru.
Tujuan servis laptop?
Tujuan utama servis laptop adalah memberi pengudaraan yang sihat kepada laptop anda sekaligus mengurangkan risiko laptop overheat. Lebih-lebih lagi, servis mampu memanjangkan jangka hayat komponen komponen laptop.
5 kelebihan servis laptop
1. Habuk yang terdapat di dalam laptop akan bersih sepenuhnya.
2. Kipas laptop dalam keadaan baik untuk digunakan.
3. Terdapat harga kipas yang mahal dan ada pula yang murah mengikut kualitinya. Dengan melakukan servis ke atas laptop, dapat elakkan masalah kipas tidak berfungsi.
4. Servis laptop secara konsisten pada masa yang betul dapat memanjangkan jangka hayat sesebuah laptop.
5. Servis laptop wajib dilakukan bagi mengelakkan laptop overheat. Lepas sahaja servis laptop anda tak perlu bimbang kenapa laptop secara tiba-tiba jadi panas.
Kenapa perlu servis laptop?
Pekerja kami tengah servis laptop pelanggan. |
1. Elakkan laptop jadi overheat.
2. Elakkan dari habuk-habuk/ debu-debu yang akan terkumpul.
3. Elakkan dari kipas laptop berbunyi.
4. Elakkan dari laptop kerap terpadam sendiri selepas menggunakannya dalam masa 30 minit ke 1 jam
5. Elakkan dari laptop rosak.
6. Elakkan komponen-komponen dalaman laptop rosak.
Tips penjagaan laptop
Tips penjagaan laptop |
1. Selalu servis laptop jangan tunggu lama-lama.
2. Bawa laptop dengan berhati-hati, elakkan terjatuh
3. Jangan letakkan air berhampiran dengan laptop ini boleh menyebabkan air boleh tumpah ke papan kekunci.
4. Download perisian antivirus kerana antivirus boleh melindungi serangan virus.
5. Berhati-hati dengan skrin LCD anda.
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur jika anda masalah berkaitan laptop:-
03-4816 6107 / 011-6411 7084
(Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
No comments:
Post a Comment