Mengapa perlu format laptop?
Tanda-tanda anda perlu format laptop:
Di sini kami kongsikan 5 sebab mengapa anda perlu format laptop.
Jangan tunggu lagi terus format laptop anda!
1. Serangan virus
-Virus boleh menjangkiti komputer dan menyerang segala fail-fail yang berada dalam sistem. Selain itu, Virus juga mengurangkan kecekapan sistem dengan mengambil alih tugas CPU. Hal ini menyebabkan aplikasi lain tidak mudah untuk berfungsi. Jalan penyelesaiannya adalah dengan format laptop.
2. Menaiktaraf Operating System (OS) komputer
-Sekiranya laptop anda menggunakan windows 10, tidak semestinya anda harus menggunakan Windows 10 selamanya. Anda mungkin perlu menukar atau menaiktaraf kepada OS yang baru contohnya dari Windows 10 > Windows 11. Bagi mendapatkan OS yang baru, anda perlu menggunakan format yang merupakan jalan permulaannya.
3. Sistem komputer sangat perlahan
-Selain bertukar ke SSD atau menaiktaraf RAM komputer anda, format juga boleh menjadi penyelesaian kepada masalah komputer yang lembap. Namun begitu, format tidak akan selamanya membantu dalam meningkatkan kelajuan sistem komputer anda.
4. Tukar HDD laptop ke SSD
- Untuk model laptop yang lama biasanya masih menggunakan penyimpanan jenis Hard Disk Drive (HDD) berbanding laptop model zaman sekarang rata-ratanya sudah menggunakan Solid State Drive (SSD). Kelebihan jika anda menggunakan SSD pada laptop anda adalah dapat mengakses data-data dengan cepat dan kurang slow. Sebab itu kebanyakannya ramai memilih untuk menggunakan penyimpanan jenis SSD ini. Jika anda masih menggunakan HDD, anda boleh bertukar kepada SSD dengan cara anda kena format dulu laptop anda.
5. Boot Issue
- Setiap kali ON laptop anda, mesti asyik loading je tempat yang sama. Biasanya, ia akan stuck dekat logo windows atau keluar tulisan seperti "Repair Disk" atau "Black Screen, Press F8 for repair...Press any key".
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur jika anda ada masalah berkaitan laptop:-
03-4816 6107 / 011-6411 7084
(Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
No comments:
Post a Comment