Kedai repair laptop Pandan Jaya menyelesaikan masalah laptop MSI MS-16GH keyboard rosak.
Artikel ini membincangkan tentang masalah laptop MSI MS-16GH keyboard rosak. Bulan lepas banyak juga kami di kedai repair laptop Pandan Jaya menerima laptop yang mempunyai masalah keyboard. Ada yang tak boleh nak tekan langsung, butang keyboard tercabut, tekan huruf lain keluar huruf lain pun ada.
Contoh On-Screen Keyboard |
Untuk kes kali ni, kami di kedai repair laptop Pandan Jaya menerima sebuah laptop berjenama MSI MS-16GH keyboard rosak. Menurut cerita pelanggan kami ni, masa nak menaip dekat keyboard, ada beberapa huruf yang bila ditekan, akan keluar huruf lain seperti contoh bila tekan butang space bar, dia keluar huruf F. Bila perkara ni terjadi, bukan setakat nak buat kerja, nak buka internet untuk buat searching pun susah. Terpaksa guna external keyboard dan On-Screen Keyboard. Tapi bila selalu sangat pakai On-Screen Keyboard dan external ni leceh juga sebab kerja boleh jadi lambat.
Macam biasa, technician kami di kedai repair laptop Pandan Jaya akan melakukan diagnos sebelum memberitahu pelanggan apa yang rosak / spare part yang perlu ditukar beserta harga. Lepas dah cek apa rosak, pelanggan tak nak repair pun takpa. Berbaloi kan? Setelah selesai cek laptop MSI MS-16GH keyboard rosak ni, rupanya terdapat dua kerosakan. Pertama keyboard kena ganti, selain itu cip dekat motherboard yang mengawal fungsi keyboard juga turut burn dan perlu diganti.
Banyak punca boleh menyebabkan perkara ini terjadi dan yang paling normal adalah disebabkan tak pernah servis laptop. Sama juga macam kereta, kerap anda memandu, kerap juga lah nak kena hantar servis tukar minyak hitam. Laptop ni bila kita ON, proses membuang haba panas akan berlaku disebabkan motherboard sedang bekerja. Jadi kalau tak servis bahagian heat sink dan ganti thermal paste/pad, habuk yang terkumpul akan menghalang udara panas ni nak keluar.
Laptop MSI MS-16GH yang sudah siap repair |
Pelanggan bersetuju untuk repair laptop MSI MS-16GH keyboard rosak ni. Lepas dah repair tu memang banyak perbezaan seperti laptop dah tak terlampau panas bila ON. Nak buat kerja pun dah mudah, tak payah susah-susah nak buka On-Screen Keyboard. Pelanggan happy, kami di kedai repair laptop Pandan Jaya turut happy dapat membantu! :)
Pelanggan happy laptop sudah siap |
No comments:
Post a Comment