Kedai repair laptop Pandan Jaya menyelesaikan masalah Lenovo Flex 5 hinge laptop rosak.
Artikel ini membincangkan tentang masalah berkaitan Lenovo Flex 5 hinge laptop rosak. Hinge merupakan salah satu komponen terpenting dalam sesebuah laptop. Hinge atau bahasa melayu dipanggil engsel adalah sambungan antara skrin dan bahagian bawah laptop (kawasan keyboard dan motherboard). Kami di kedai repair laptop Pandan Jaya sering ditanya kenapa hinge laptop selalunya cepat rosak. Ini kerana hinge/engsel akan menampung berat skrin bila kita membuka laptop. Jika anda tak membuka skrin laptop dengan berhati-hati, ini akan membuatkan hinge anda cepat rosak. Dihujung artikel nanti kami akan kongsikan tips untuk mengelakkan masalah seperti ini berlaku. Stay tuned 😉😁
 |
Hinge laptop Lenovo Flex 5 terkeluar dari casing |
Baru-baru ini kami di kedai repair laptop Pandan Jaya dikunjungi seorang pelanggan yang mempunyai masalah Lenovo Flex 5 hinge laptop rosak. Menurut cerita, sebelum hinge rosak teruk, beliau sering terdengar bunyi besi bergesel masa nak membuka skrin laptop. Pada awalnya beliau tak endahkan bunyi tersebut akan tetapi pada suatu hari masa tengah nak buka skrin untuk buat kerja, prappp... hinge laptop terus terkeluar dari tapak asal dan turut merosakkan bahagian bawah skrin laptop. Dah la laptop ni office punya, tambahan skrin laptop tersebut berjenis touch screen. Sudahnya nak tutup dan buka balik skrin dah tak boleh langsung.
 |
Proses diagnos laptop Lenovo Flex 5 |
Setelah technician kami di kedai repair laptop Pandan Jaya buat diagnos, tapak hinge dekat casing dah tak boleh modified disebabkan saiz casing yang sangat nipis. Selain itu, design laptop yang berjenis touch screen juga sangat menyukarkan technician kami untuk buat modified. Jadi kami sarankan kepada pelanggan untuk menukar casing baru. Casing yang perlu ditukar hanyalah rear case dan bukan full set case. Selepas mendapat persetujuan pelanggan, kami pun terus menyelesaikan masalah Lenovo Flex 5 hinge laptop rosak ni.
 |
Bahagian bawah skrin rosak akibat hinge rosak |
 |
Casing 'rear case' yang baru dan lama |
 |
Proses mencabut hinge daripada casing lama |
 |
Hinge yang sudah siap dipasang dekat casing baru |
 |
Laptop Lenovo Flex 5 yang sudah siap dan terdapat kesan skrin crack akibat masalah hinge sebelum ini |
Oh ya, kami di kedai repair laptop Pandan Jaya nak kongsikan tips bagaimana nak elakkan masalah hinge ni. Masa anda nak buka skrin laptop ke atas, pastikan anda membuka daripada sebelah tengah skrin bukan bucu (boleh rujuk gambar). Berbalik kisah pelanggan kami tadi, setelah selesai menggantikan casing, kini tiada lagi masalah Lenovo Flex 5 hinge laptop rosak. Laptop dah boleh buka tutup dengan smoothly dan tiada lagi bunyi besi bergesel. Nak buat kerja pun senang! Bos pun takda nak marah sebab merosakkan laptop office.
 |
Tips: Pastikan buka skrin laptop bermula daripada tengah |
 |
Tips: Perlahan-lahan semasa membuka skrin ke atas |
 |
Tips: Jangan sesekali membuka skrin laptop daripada sebelah bucu kerana ia akan memberi tekanan dekat salah satu hinge |
-->>Laptop anda pun ada masalah macam Lenovo Flex 5 hinge laptop rosak??
-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?
-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP PANDAN JAYA?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03-4816 6107 / 011-6411 7084
(Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
No comments:
Post a Comment