Kedai repair laptop Alam Damai menyelesaikan masalah Asus S15 S531 kipas/fan bunyi bising.
Baru-baru ini, kami di kedai repair laptop Alam Damai dikunjungi seorang pelanggan yang membawa 2 unit laptop untuk dibaiki. Laptop pertama beliau mempunyai masalah skrin dan yang kedua adalah model Asus S15 S531 kipas/fan bunyi bising. Oleh sebab salah satu laptop sahaja yang betul-betul penting nak digunakan, jadi kami fokus untuk diagnos laptop model Asus terlebih dahulu.
![]() |
CPU fan / kipas laptop yang baru dan lama |
Menurut cerita, masa tengah membuat kerja, pelanggan kami ni terdengar bunyi yang kuat datang dari sebelah bawah laptop. Pada mulanya ingat ada benda yang tersekat, jadi beliau pun shutdown dan ON semula laptop. Tapi lepas ON semula, tetap juga laptop ni, Asus S15 S531 kipas/fan bunyi bising. Untuk pengetahuan anda, pelanggan kami ni perlu bekerja dari rumah (wfh). Dah la banyak kerja yang nak disiapkan, nak kena jaga anak kecil lagi, tambah pula bunyi bising dari laptop, memang stress dibuatnya! Kami di kedai repair laptop Alam Damai pun tengah stress ni 😆😉
![]() |
Proses membuka bahagian dalam laptop untuk pemasangan kipas baru |
Jadi lepas technician kami di kedai repair laptop Alam Damai habis diagnos, ternyata memang laptop Asus S15 S531 kipas/fan bunyi bising ni perlu digantikan dengan cpu fan yang baru. Ini kerana motor pada fan yang lama dah rosak, sebab tu sebelum ni laptop menghasilkan bunyi yang bising bila ON.
![]() |
Laptop yang sudah siap pasang kipas baru |
Setelah mendapat persetujuan pelanggan, kami pun terus menukarkan kipas laptop yang lama dengan yang baru. Pelanggan kami ni sangat berpuas hati sebab bunyi bising dah takda lagi. Nak buat kerja pun senang dah takda gangguan. Kini tiada lagi masalah Asus S15 S531 kipas/fan bunyi bising. Pelanggan happy, kami di kedai repair laptop Alam Damai turut tumpang gembira!
No comments:
Post a Comment