Kedai repair laptop Setiawangsa menyelesaikan masalah laptop Lenovo G50-80 hinge laptop patah.
Artikel ini membincangkan tentang masalah laptop Lenovo G50-80 hinge laptop patah. Pada pertengahan bulan lepas, kami di kedai repair laptop Setiawangsa dikunjungi seorang pelanggan membawa laptop model Lenovo yang mempunyai masalah dengan sistem OS. Beliau mengadu yang laptop Lenovo ni selalu jadi flickering. Pelanggan kami juga menyangka masalah skrin.
Bila jadi flickering ni, sangat susah nak buat kerja. Untuk pengetahuan anda, pelanggan kami ni merupakan seorang jurnalis dan pernah menjadi pembantu kepada salah seorang Perdana Menteri Malaysia terdahulu sebagai pembuat teks ucapan. Hebat kan? Jadi agak menggangu bila nak menaip atau nak mencari bahan penulisan. Selain masalah flickering, technician kami di kedai repair laptop Setiawangsa juga dapati, hinge laptop beliau turut patah. Bila nak buka skrin laptop tu kena berhati-hati sikit. Kami pun cadangkan untuk dibaiki sekali laptop Lenovo G50-80 hinge laptop patah ni.
Bahagian yang patah |
Setelah technician kami di kedai repair laptop Setiawangsa habis diagnos masalah flickering ni, ternyata bukan masalah berkait skrin, tapi masalah berkait dengan sistem sahaja. Jadi kami sarankan untuk reformat semula sistem. Tak perlu tukar skrin, kan jimat tu kalau dah tahu apa masalah sebenar. Disamping itu, pelanggan kami ni bersetuju untuk baiki masalah laptop Lenovo G50-80 hinge laptop patah ni iaitu dengan menggantikan casing bahagian palm rest case dan bottom case.
Palm rest case dan bottom case yang baru |
Proses memasang casing baru |
Laptop Lenovo G50-80 yang sudah siap tukar casing baru |
Tak sampai seminggu kami berjaya menyelesaikan masalah laptop Lenovo G50-80 hinge laptop patah ni. Laptop dah boleh guna macam biasa. Nak cari bahan untuk penulisan dekat internet pun dah tak sakit mata, tambahan masalah hinge pun setel sekali. Pelanggan happy, kami di kedai repair laptop Setiawangsa turut tumpang happy dapat bantu selesaikan masalah!
Mr Ng yang sangat berpuas hati |
No comments:
Post a Comment