WELCOME TO ARTIKEL KAMI
LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN LAPTOP
1. Elakkan menggunakan laptop sambil charge.
![]() |
Bateri laptop |
- Pada zaman sekarang, kebanyakan pengguna laptop terpaksa biarkan laptop yang sedang charge. Ini kerana terpaksa membuat kerja pada masa yang sama. Seterusnya, kita dinasihatkan untuk tidak membiarkan laptop charge begitu lama dan menggunakan laptop semasa charge supaya dapat mengelakkan kerosakan bateri atau bateri kembung .
2. Elakkan meletakkan makanan dan minuman berdekatan laptop
- Jangan letakkan makanan dan minuman berdekatan laptop, Ini kerana berkemungkinan makanan dan minuman itu terjatuh terkena laptop, contohnya sekiranya terkena screen boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian screen laptop. Selain itu, kalau terkena keyboard berkemungkinan keyboard tidak dapat digunakan. Sedikit nasihat kepada semua anda disaran untuk menjauhkan makanan atau minuman berdekatan laptop.
3. Elakkan menggunakan laptop di atas permukaan yang lembut atau permukaan yang tidak rata
- Jangan letakkan laptop di atas bantal atau tilam, Ini kerana boleh menyebabkan ruang udara laptop tertutup dan boleh menyebabkan laptop overheat atau habuk, debu berkemungkinan akan memasuki dalaman laptop. Seterusnya anda disarankan untuk meletakkan atau membuat kerja pada permukaan yang rata seperti meja.
4. Servis laptop anda
- Anda dinasihatkan servis laptop sebulan sekali supaya laptop anda berada dalam keadaan baik selalu dan laptop anda bersih dari kotoran habuk-habuk atau debu disekitar komponen-komponen laptop.
5. Install satu antivirus dalam laptop anda
- Pertama sekali, anda dinasihatkan untuk download satu antivirus. Ini kerana antivirus boleh melindungi laptop anda dari serangan virus yang boleh menyerang fail-fail dan mengambil segala data-data atau maklumat yang berada dalam laptop. Selain itu, antivirus dapat menghentikan program-program yang berbahaya.
![]() |
Contoh-contoh antivirus |
6. Memantau perkembangan laptop
- Anda dinasihatkan untuk memantau perkembangan laptop. Jika laptop anda mengeluarkan tanda-tanda hang atau slow anda disarankan untuk membawa laptop ke kedai komputer berdekatan supaya dapat mengelakkan kerosakan laptop. Selain itu, semasa anda guna laptop untuk membuat kerja anda, disarankan untuk memantau juga.