Asalamualaikum / selamat sejahtera.
haa harini admin nak bincang sikit masalah yang lazim jadi pada laptop kesayangan kita ini.masalah bateri kembung ini sebenarnya boleh je terjadi pada mana - mana laptop. ikut kepada cara penggunaan pelanggan itu sendiri.
Jadi, artikel kali ini admin nak sentuh pulak masalah laptop shut down sendiri atau bahasa mudah dia kita panggil Masalah Auto Shutdown.
siapa yang cakap!!.
Setiap apa yang berlaku pada laptop kita mesti ada punca dan sebabnya. haaa sebab apa??. kita tengok contoh dulu.

Contoh : Bateri cepat drain, bateri dah cas penuh dah tapi cepat habis?
admin tahu ramai pengguna yang masih x faham apa yang admin sebutkan kan. tak pe mari kita kaji slow - slow apa masalah Auto Shutdown ni sebenarnya.
1. Laptop panas (overheating)
2. Masalah OS itu sendiri
3. Motherboard
4. Bateri
5. Hard Disk rosak ( low condition)
Laptop panas (overheating)
Laptop yang tidak pernah servis (cuci habuk dan tukar thermal paste) akan menyebabkan laptop jadi panas yang melampau.

Kenapa?
Sebab habuk sudah terkumpul dengan banyak sehingga menghalang pengaliran udara keluar dan masuk.

Thermal Paste telah kering menyebabkan laptop menjadi panas dan tak dapat nak kawal suhu laptop dengan baik.

Masalah Operating System
Siapa sangka, kadang-kadang Operating System laptop itu juga memainkan peranan.
(terutamanya bila jarang update)
Solution nya anda boleh saja format atau repair semula operating system laptop.
Motherboard
Masalah Laptop Auto shutdown juga berpunca daripada motherboard.

(kebiasaannya juga memang masalah dari motherboard)
Mungkin juga motherboard boleh bermasalah oleh kerana laptop sudah terlalu panas tak servis sehingga memberi kesan pada komponen yang lain.
Bateri
Bateri laptop anda mungkin bermasalah atau sudah hampir kong dan boleh menyebabkan apabila tengah guna laptop tiba-tiba ter-off sendiri.
Hard Disk rosak
Hard Disk yang bermasalah atau rosak boleh jadi jugak punca kepada berlakunya Masalah Auto Shutdown.
(jarang lah berlaku)
Selalunya Hard Disk yang rosak akan mengeluarkan bunyi pelik.
(Getaran yang kuat pun boleh jadi punca dari hard disk)
👎🏽 Habuk tersumbat
👎🏽 Aliran udara terhalang
👎🏽 Motherboard heat up (graphic card & processor boleh rosak)
👎🏽 Laptop no display
👎🏽 Laptop tak boleh on
Nampak macam remeh kan?
Tapi sedar atau tak benda macam ini lah yang bakal merosakkan laptop dengan mudah.
_______________________________________________________
-->>Anda nak kami bantu serviskan laptop anda? membantu menyelesaikan masalah Auto Shutdown?
-->>Nak kami diagnose secara PERCUMA?
-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR laptop CHERAS?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
011-6411 7084 (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
• 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
• 3 minit dari LRT Pandan Jaya
• 5 minit dari Sunway Velocity Mall
• 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
• 11 minit dari MyTown Shopping Mall
• 12 minit dari Plaza Low Yat