 |
Logo Perbadanan Putrajaya.
|
OK Computer Solution Kuala Lumpur (OKCS KL) komited dalam menyediakan perkhidmatan preventive maintenance yang menyeluruh bagi memastikan kelancaran operasi sistem komputer. Melalui preventive maintenance yang dijalankan secara berkala, kami dapat membantu organisasi ini mengelakkan gangguan teknikal serta meningkatkan kecekapan operasi harian mereka.
 |
Merekodkan pendaftaran maklumat peranti. |
Sebahagian daripada prosedur penyelenggaraan ini termasuk lah pendaftaran maklumat peranti, yang meliputi nama komputer, nama domain, alamat IP, alamat MAC, dan versi sistem operasi (OS). Rekod ini bukan sahaja membantu dalam pemantauan aset tetapi juga memudahkan tindakan susulan sekiranya berlaku sebarang isu teknikal pada masa hadapan.
 |
Dokument printer. |
Selain itu, pemeriksaan dan penyelenggaraan fizikal turut dilakukan bagi memastikan setiap peranti berada dalam keadaan terbaik. Proses ini merangkumi shutdown dan restart sistem untuk penyegaran prestasi, pembersihan fizikal komputer termasuk papan kekunci dan skrin menggunakan bahan pembersih khas, serta pemeriksaan kabel dan palam kuasa bagi memastikan sambungan yang selamat. Kami juga menjalankan ujian runtime bateri untuk memastikan hayat bateri masih dalam keadaan normal dan tidak menjejaskan penggunaan harian.
 |
Merekodkan Alamat IP dan alamat MAC. |
Sepanjang sesi Preventive Maintenance, terdapat kes di mana komputer mengalami kerosakan yang memerlukan Corrective Maintenance. Antara tindakan pembaikan yang sering dilakukan termasuk penggantian casing komputer riba (rear case/front bezel, palm rest/bottom case), papan kekunci, DC jack, serta skrin LED. Langkah ini memastikan setiap peranti dapat terus berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
 |
Mencatat domain komputer. |
Sebagai rakan strategik dalam penyelenggaraan komputer, OKCS KL juga membekalkan komponen gantian berkualiti tinggi seperti skrin komputer riba, bateri, pengecas Microsoft Surface, RAM, SSD, kad grafik, dan papan induk (motherboard). Dengan kepakaran kami dalam bidang ini, organisasi kerajaan dan sektor awam boleh mendapatkan perkhidmatan yang profesional, cekap, dan dipercayai.
 |
Mencatat nama komputer. |
-->> Anda juga mahu REPAIR KOMPUTER?
-->> Nak kami diagnos secara PERCUMA?
-->> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP KUALA LUMPUR??
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03-4816 6107 / 011-6411 7084
(Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall / MRT Maluri
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)